tiada makanan rakyat mampus

sebut pertanian, mesti semua manusia yang mencari kekayaan atau nak beniaga awal awal lagi akan menolak. kerja pertanian ni satu low class pada pandangan segelintir rakyat malaysia. tapi apakah kita tahu bahawa setiap masa kita menikmati makanan adalah dari sumber pertanian, tanpa pertanian tak ada sumber sayuran beras buahan dan segala benda yang berkaitan dengan sumber makanan. apakah negara malaysia ini selamat jika kita tidak mengimport segala keeperluan rakyat jelata. apakah beras seperti cap rambutan faiza sunshine itu semua hasil dalam negara malaysia, jawapan yang pasti TIDAK, tapi berapa ramai rakyat malaysia yang kisah kepada pertanian sumber makanan rakyat malaysia.

kementeri AGRO ditubuhkan dari zaman buku hijau kepada zaman buku kelabu asap, pertanian tetap ditakuk lama dan terus ketinggalan. padahal ianya adalah sumber makanan utama kepada rakyat mana mana negara pun. kemana arah kita selepas ini, tanah semakin tiada kerana pembangunan yang dititikberatkan oleh rakyat malaysia dan pemimpin umno, dimana kemajuan untuk pertanian, masih menggunakan teknologi yang jauh terkebelakang dari zaman jahilliah lagi. pejabat pertanian seperti tunggu reput yang hanya menunggu masa untuk luruh ke bawah, dengan keadaan pegawai yang semakin ketinggalan dari semua segi tak akan dapat menolak arus dan akan terus terpinggir.

jika usaha usaha tidak dimulakan sekarang, bermakna malaysia akan menjadi negara pengimport makanan terunggul di alam maya, malaysia tidak perlu diserang dengan tentera tapi hanya menyekat bekalan makanan dan rakyat malaysia dan askar akan kiok dalam masa seminggu. dalam keadaan banjir pun sumber makanan tidak mencukupi apatah lagi dalam keadaan untuk berperang. secanggih mana scorphene sehebat mana telekomunikasi yang ada masih cepat malaysia rebah. tak ada apa yang mampu menahan malaysia tumbang menyembah bumi walaupun hanya dikenakan sekatan makanan. tak perlu tentera untuk menakluk malaysia, itu yang pasti.

jadi dimana kita 2014 ini apakah masih akan terus bergantung kepada sumber import yang selalu kerajaan malaysia buat demi kroni meraih keuntungan berlipat kali ganda. import semua senang murah dan menjimatkan, itulah kata kata pegawai pegawai yang terlibat dalam industrti pertanian. petani malaysia akan menyembah bumi kerana hasil tidak mampu memberikan pulangan hasil yang banyak, belanda terus kaya dengan hasil pertanian, hatta israel pun menjadi pengesport utama buah citrus walaupun tanah kering kontang. malaysia akan terus mengimport kerana lebih mudah murah. malaysia akan bertahan tak sampai seminggu walaupun diserang banjir kilat. banjir dikemaman dan kuantan membuktikan betapa rapuhnya malaysia. semua benda keperluan tidak mencukupi.

Ulasan