umno boleh menang di sungai limau dgn syarat jangan makan gula banyak

umno meneruskan kempen luar akal mereka termasuk blogger mereka yang tidak kisah halal haram belasah je, kempen mereka semua berkisar kepada keadaan semasa hidup saja, perjalanan hidup, kalau umno menang rakyat akan senang, masa senang tu bila masa ada pilihanraya kecik je lepas ni mampuslah seperti mana dun kuala besut yang berangan angan nak dapat BRIM BROM masa raya melepas sesen pun tak dapat, kasihan muka pengundi umno di kuala besut, berpikul pikul umno kena sumpah seranah maki sebab gagal melunaskan janji mereka kepada pengundi umno kuala besut. nak berikan brim yg banyak kalau umno menang di dun kuala besut.  sampai sekarang pengundi umno bangang masih belum menerima BRIM BROOM BREK PUUUTtttt. dapat angin ajelah sebab nganga besar sangat.

dengan pemotongan subsidi gula adalah untuk memastikan rakyat malaysia terselamat dari penyakit kencing manis walaupun gula hanya penyebab sikit saja kepada pesakit kencing manis. demi menjamin raja gula baru mendapat untung yg sangat besar subsidi gula dibuang dan dijual dengan harga pasaran kononnya. dimalaysia tiada subsidi pun selain subsidi beruk. mesti kathur bari akan membuat fatwa bengong dan bangang seperti biasa. raja gula telah membantu umno dalam pru ke 13 baru ini menyebabkan kantung syarikat kering kontang dan demi membalas jasa jasa yang dihulurkan subsidi gula dibuang dan boleh kantung syarikat mengelembung cepat.

dengan mengenakan cukai gst mungkin sungai limau akan menjadi milik umno, bajet jahanam 2014 umno akan berjaya memiskinkan lagi rakyat malaysia seluruh negara, hanya barua umno yang akan kenyang dan kaya walaupun rumah seperti reban kambing. bergembiralah rakyat yang menyokong umno kononnya gst tidak dikenakan kepada barang keperluan, tak kena gst tapi potong subsidi sama je tapi ayat tu boleh korner baring menyebabkan pengundi umno bersorak gembira, sama macam cikgu pencen katalah pas nak ganti umno ganti perangai umno bila  perwakilan bernama alfukup tak dibenarkan masuk sebab bukan ahli pas, hanya mengaku ahli pas, kasihan, perangai sama je dengan umno tapi tak mengaku umno,

Ulasan