samsung nx camera android

camera nx



Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung) baru-baru ini mengumumkan secara rasmi kamera baharu mereka, Galaxy NX menerusi platform Android.
 
Ketua Pemasaran Unit Perniagaan Imej Digital Samsung, Julian Thean berkata Samsung, Galaxy NX tersebut mengikut permintaan yang tinggi untuk kualiti fotografi serta kemudahan untuk memuat naik imej yang dilihat semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia.
 
"Samsung begitu peka dengan kehendak pengguna terutama mereka yang inginkan kelainan dalam dunia imej digital ini," katanya.
 
Peranti baharu yang menggunakan platform Android 4.2 merupakan kamera digital lensa tunggal (DSLR) pertama mereka yang mempunyai sentuhan dari Android sekali gus menjadikan kamera DSLR pintar Android pertama dunia.
 
Mempunyai keupayaan menukar lensa seperti kamera DSLR biasa, Samsung NX mempunyai 13 jenis lensa kamera.
 
Antaranya lensa ultra kompak serta pemfokusan versatil kepada lensa potret yang premium serta lensa makro dan dibantu oleh skrin besar bersaiz 4.8 inci.
 
Rakaman imej kamera tersebut dijana oleh pemproses empat teras dengan kelajuan 1.6GHz bersama 2GB RAM.
Model berkenaan turut menggunakan pemproses imej baharu, DRIMe IV, turut dilengkapi keupayaan menukar kadar 'ISO' dari 100 sehingga 25,600.
 
Maksimum resolusi pula adalah sehingga 20.3 mega piksel menerusi penderia imej APS-C CMOS.
 
Untuk ruang storan pula, anda tidak perlu risau mengenainya kerana selain mempunyai ruang storan 16GB, Galaxy NX turut menyokong kad memori microSD.
 
Selain itu, Galaxy NX juga turut dilengkapi bersama kemudahan sambungan WiFi bagi memudahkan tugas memuat naik gambar serta berkongsi maklumat di alam maya.
 
Manakala kapasiti bateri merupakan antara yang paling tinggi di dalam siri kamera DSLR apabila Samsung menggunakan bateri dengan kapasiti 4360mAh.
 
Seperti siri kamera NX sebelum ini, Galaxy NX turut mempunyai 14 jenis mod dan mod 'SMART' antaranya bagi memudahkan pengguna merakamkan gambar dengan pelbagai kreativiti.
 
Antaranya, pemilik Galaxy NX boleh merakam objek yang bergerak pantas seperti kanak-kanak sedang berlari dengan mod 'Action Freeze'.
 
Selain itu pengguna juga boleh merakam saat terbaik seseorang menerusi mod 'Best Face' yang mana rakaman dilakukan sebanyak lima kali dan pengguna boleh memilih gambar yang terbaik di antaranya untuk dikongsi bersama rakan-rakan.



Ulasan