samsung galaxy round paparan melengkung


paparan melengkung galaxy round
Samsung Electronics Co Ltd melancarkan telefon pintar pertama di dunia dengan paparan melengkung, varian Galaxy Note yang memacu gergasi telekomunikasi Asia itu satu langkah lebih dekat untuk mengeluarkan peranti boleh dipakai dengan skrin fleksibel.

Paparan melengkung kini menjadi aspirasi utama dalam strategi inovasi Samsung mendepani pesaing seperti Apple Inc dan LG Electronics Inc, selari sasaran firma itu mengekalkan kedudukan penerajunya dalam segmen telefon pintar mewah yang kini semakin tepu
adalah satu langkah ke hadapan untuk mempunyai peranti tidak mudah pecah dan fleksibel. Akan tetapi buat masa ini, peranti itu lebih kepada produk simbolik," kata Nam Dae-jong, penganalisis di Hana Daetoo Securities, sambil menambah Samsung belum lagi mempunyai keupayaan untuk pengeluaran besar-besaran paparan skrin sesentuh melengkung bagi produk baru, Galaxy Round. 


Galaxy Round

Samsung Galaxy Round adalah cubaan untuk mengukur selera pengguna terhadap telefon melengkung walaupun kekurangan ciri menarik lain, sekali gus keadaan itu mungkin bermakna ia tidak akan popular, katanya. 

Saya tidak fikir ia akan menjadi produk yang mendapat perhatian besar-besaran pembeli kerana paparan melengkung tidak datang dengan banyak ciri unik," katanya.

Paparan Galaxy Round sebesar 5.7 inci mempunyai keluk mendatar sedikit dan berat kurang daripada Galaxy Note 3, membolehkan genggaman yang lebih selesa daripada model skrin-rata yang lain di pasaran, kata Samsung dalam satu kenyataan di sini, semalam. 
Ciri utamanya termasuk fungsi kecondongan yang membolehkan pengguna menyemak maklumat seperti panggilan tidak dijawab dan hayat bateri, walaupun skrin utama dimatikan. Pengguna juga boleh menatal fail media dengan menekan kanan atau kiri skrin, kata syarikat itu.

Telefon baru itu akan pada mulanya hanya tersedia di Korea Selatan dan tiada keputusan telah dibuat kira-kira menjualnya di pasaran lain.

Paparan melengkung membuka ruang untuk rekaan yang boleh dilentur yang akhirnya boleh mengubah pasaran telefon pintar mewah yang berhadapan keadaan pasaran yang semakin perlahan di tengah-tengah saingan daripada pengeluar peranti berkos rendah. 

Jam pintar Samsung Galaxy Gear yang dilancarkan bulan lalu ditampilkan dengan skrin rata, tetapi syarikat itu berharap untuk mempunyai teknologi bagi membuat peranti yang lebih menarik dan dapat dipakai sekali gus sedang membentuk acuan bagi saingan baru dalam kalangan syarikat elektronik pengguna. 

Firma teknologi masih belum dapat menentukan bagaimana untuk mengeluarkan komponen secara besar-besaran pada kos rendah untuk peranti berkenaan ditampilkan lebih tipis tetapi tahan lasak. 

Bateri juga perlu ditampilkan dalam bentuk baru untuk menyokong skrin fleksibel yang boleh melentur. Ini kerana bateri Galaxy Round tidak melengkung, kata Samsung.

Kini saingan menjadi lebih sengit bagi Samsung apabila LG Electronics juga dilaporkan bercadang memperkenalkan telefon pintar dengan paparan menegak yang melengkung dihujung pada minggu pertama bulan November.

Bateri melengkung

Syarikat sekutu LG yang terbabit dalam pengeluaran komponen, LG Chem Ltd, berkata ia telah memulakan pengeluaran komersial bateri melengkung untuk digunakan dalam peranti itu. 

Firma itu juga berkata ia telah membangunkan bateri dalam bentuk kabel, sesuai untuk peranti dapat dipakai dan dijangka memulakan pengeluaran komersial dalam beberapa tahun akan datang.

Penganalisis teknologi dan laporan media mengatakan Apple sedang berusaha mengeluarkan jam pintar, berkemungkinan dengan skrin melengkung tetapi belum ada sebarang pengumuman daripada syarikat itu setakat ini.

Peranti baru Galaxy Round mula dijual di Korea Selatan oleh syarikat telekomunikasi mudah alih terbesar SK Telecom Co Ltd pada harga kira-kira AS$1,000 (RM3,192) dolar seunit.

Ulasan