peluang PAS DI N20 sungai limau

tamat sudah acara penamaan calon dun  n20. sungai limau,  setelah beralih dari N1. dun kuala besut di terengganu dianggap kubu kuat umno dibawah pemerintahan dynasty yeh. dengan kemenangan 2 ribu lebih ia dianggap kubu kuat umno di kuala besut, umno menang dikuala besut, sekarang beralih pula ke dun kubu kuat pas setelah ustaz azizan meninggalkan kerusi itu. percaturan politik sudah bermula, umno akan menggunakan segala bentuk kekuatan party umno yang mana bertunjangkan money yang mana mampu menenggelamkan apa saja kecuali iman dan takwa.

dulu dun sala dan sekarang dengan nama baru dun sungai limau, dun ini dianggap kubu kuat pas kerana pas menang 2 ribu keatas musuh tradisi umno, umno akan turun dengan segala kelengkapan dan kegagahan untuk menawan kubu kuat pas, kempen pertama yang diberikan oleh umno ialah kalau pas ke menang umno ke menang kerajaan negeri tidak akan bertukar, kedah akan dilimpahi projek mega jika umno menang di sungai limau, apakah pas akan membiarkan umno menang di sini? apakah majoriti yg besar ni mampu menahan asakan menggila umno yang sudah membeli dan menjual dimana perlu.

sungai limau akan menenggelamkan pas atau umno? itulah pertanyaan walaupun pasukan pas merasakan mereka boleh menang walaupun umno turun dengan segala hujan yg menggila. umno pula yakin akan menawan dun ini selepas berjaya menumbangkan kerajaan pas kedah, mu kris akan beruasaha sehabisan untuk memastikan tidak kalah lagi selepas kalah dalam perebutan naib presiden umno. kesan kalah masih terasa. apakah umno mampu bersatu, tak bersatu pun mereka ada satu benda yg kuat selama ini yg menjadi tulang belakang mereka iaitu wang, apakah brim broom akan mecurah masuk ke sungai limau? hari pertama sudah berjuta rasanya akan masuk. menjelang hari akhir ratusan juta akan masuk ke dun sungai limau.

Ulasan