Optimus G Pro tampil dengan LTE

LTE
DALAM usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi telefon bimbit pintar dengan skrin besar, LG Electronic baru-baru ini secara rasmi menampilkan Optimus G Pro yang lengkap rangkaian evolusi jangka panjang (LTE)..
 
Dibina dengan skrin sebesar 5.5 inci berdefinisi penuh (HD) dan ditetapkan pada resolusi 1920 x 1080 piksel dengan 400 pixel per inch (ppi), peranti itu menawarkan imej lebih terang dan jelas selain turut dilengkapi dengan aplikasi new user experience (UX).
 
Lebih menarik, dengan kapasiti bateri 3,140mAh menjadikan telefon bimbit pintar ini mempunyai jangka hayat bateri paling lama berbanding telefon bimbit pintar lain.
Menurut Pengarah Urusan LG Electronics (M) Sdn Bhd., HK Kwon, Optimus G Pro dibangunkan khusus untuk menyampaikan kualiti gambar yang jelas dan hebat menerusi paparan telefon bimbit pintar bersaiz besar.
 
"Kami akan terus mengembangkan kedudukan LG dalam segmen telefon bimbit pintar LTE premium dengan teknologi paparan unggul di samping memberikan pengalaman unik kepada pengguna.
 
"Dengan gabungan beberapa teknologi LTE, peranti ni mampu menyokong kesemua jalur frekuensi LTE sekali gus membuatkan ia serasi dengan mana-mana rangkaian 4G LTE," katanya.
 
Pemproses quad core 1.7 GHz yang terdapat pada Optimus G Pro mampu menukar data dari W-CDMA dan rangkaian LTE dengan cepat serta lancar bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman multimedia yang cemerlang.
 
Selain itu, fungsi UX membolehkan pengguna merakam video menggunakan kamera depan dan belakang pada satu masa yang sama di samping mod Panorama Realiti Maya (VR) memberikan rakaman 360 darjah pada kedua-dua kamera.
 
Optimus G Pro kini terdapat dalam dua pilihan warna iaitu indigo hitam dan lunar putih dan boleh didapati dari wakil pengedar sah LG pada harga runcit RM1,888.

Ulasan

  1. Bang. Masukkan blog baru aku dalam list tuan.

    http://anakmustaffa.blogspot.com/

    yg hok lame problem boh......

    BalasPadam
  2. ok tuan dah masukkan sorry lambat.

    BalasPadam

Catat Ulasan