| perlu dikekalkan yang perlu dirobohkan adalah party umno haramjadah |
| sejarah lama yang ingin dipadamkan oleh umno jahanam |
jika pengundi kuala besut mahu mengekalkan pasar payang pasar sejarah lebih 100 tahun ini bermakna pengundi kuala besut hendaklah mengundi pas, selamatkan pasar sejarah dan juga selamatkan para peniaga melayu di pasar itu. peniaga peniaga melayu yang hanya tinggal dalam pasar kedai payang saja yang masih mampu untuk meneruskan kehidupan, jika pasar ini dirobohkan ini bermakna peniaga peniaga melayu akan lenyap di kawasan bandar. mat said celaka tidak akan kisah kepada masalah begitu kerana baginya yang penting poket kroni dan dia dipenuhi. bagi mat said ada ke tidak ada peniaga melayu tidak dia tidak akan terjejas apa apa selagi dia memegang jawatan mb terengganu.
jika DUN terengganu tergantung, ini bermakna mat said dan kroni celakanya terpaksa berhentikan dulu projek merobohkan pasar payang, mat said terpaksa menyibukkan diri untuk mempertahankan kerajaan minoritinya. dalam keadaan kerajaan umno yang nazak ini akan membolehkan pasar payang terus dipertahankan. golongan melayu di kuala besut boleh merealisasikan menolong memastikan pasar sejarah ini terus ada di muka kuala sungai terengganu, jika umno menang ini bermakna projek merobohkan pasar payang akan mula berjalan.
pasar istanbul ilham mantan pok yeh masih dalam keadaan teruk, keadaan pembinaan yang menakutkan peniaga dan kadar sewa yang mahal menyebabkan banyak lot lot pasar masih kosong kerana peniaga melayu tidak mampu menyewa kerana mahal, jika hotel dan pasar bertaraf 5 bintang di dirikan berapa pula sewa akan dikenakan oleh mat said celaka. begitu juga sama keadaannya dengan ladang gemilang, pada awal pembinaannya ia hendak diberikan kepada penduduk melayu yang mendiami kampung ladang tetapi bila bangunan itu siap, mat said memberikan sewa untuk selama lamanya bukannya hak milik kekal bumiputra lagi.
kadar sewa yang mahal tidak akan mampu dibayar oleh golongan papakedana, golongan yang bekerja menarikteksi, nelayan, dan juga yang hanya bersumberkan pendapatan harian. mana mungkin mampu membayar sewa yang akan naik setiap tahun jika membiarkan umno celaka terus memerintah terengganu. dalam keadaan yang sama bangunan apartment terus tumbuh tapi akan terus menghalau melayu ke hutan. pembangunan yang diimpikan oleh mat said dan deris natang akan terus mewujudkan melayu terus dipinggirkan. bagi mereka melayu tidak perlu ada dibandar.
syarikat syarikat besar sudah mula bertapak di bandar kuala terengganu, sewa yang melambung dan keadaan harga bangunan dan rumah yang tidak terkawal mana mungkin bangsa melayu mampu membayar sewa atau memiliki bangunan yang bernilai jutaan ringgit malaysia kecuali kroni umno celaka yang dapat projek dari kerajaan negeri. dalam keadaan ekonomi yang menghimpit bangsa melayu umno meneruskan projek bangang mereka setiap hari selagi mereka berkuasa. peniaga peniaga melayu akan terus lari dari bandar dan akan ke pinggir bandar selepas ini mungkin akan terus ke hutan sebab sudah tiada tempat lagi bagi mereka untuk berniaga dengan selesa dan dalam keadaan ekonomi yang kondusif bagi mereka.
Ulasan
Catat Ulasan