kuala besut semakin menghampiri garisan penamat

calon PRU KE 14
keupayaan wang keupayaan agency keupayaan jentera dari segenap pelusuk dengan ditambah dengan kedatangan menteri yang bersilih ganti membawa sejuta impian dan sejuta perhargaan kepada penduduk kuala besut pasti menambah perencah rasa dalam kempen kali ini, spr nampaknya terus memekakan telinga dan membutakan mata. tak ada lagi rasuah pilihanya. semuanya adalah dalam bentuk pemberian daripada kerajaan kepada rakyat jelata yang memerlukan. pasang aje niat pasti umno akan memberikan dengan secepat kilat yang mungkin.

ada je masalah penduduk kuala besut pasti boleh diselesaikan oleh firaun besut, qorun besut pasti akan membuka pintu khazanah dengan kunci yang boleh membuka segala bentuk khazanah. betapa beruntungnya penduduk kuala besut dengan adanya pilihanraya kecik ini, boleh tengok menteri menjadi imam solat walaupun selaju kilat. boleh je jadi imam walaupun tiada tauliah. asalkan sebut je nama umno pasti tauliah akan diberikan walaupun bacaan teruk seteruk budak pelat. tajwid salah pun hantam sajalah demi meraih undi, dipicturekan bagaimana menteri yang hebat menjadi imam.

undi awal telah memihak kepada umno dengan kelebihan 1100 undi lebih, secara jujurnya pas telah kalah dalam pusingan ini. ku zai telah menang dengan kelebihan undi 1100 undi. kalau ada undi peteh kenting saja pasti ku zai akan menjadi penggangur terhormat kalau tidak terjadi undi peteh keting pasti ku zai akan menjadi exco  meninggalkan jauh para yb yang lebih berhak. usaha usaha dipergiatkan namun apakah pas mampu menterjemahkan segala usaha ke dalam peti undi, ugutan demi ugutan kepada penduduk kuala besut terus berlaku, jentera pas meninggalkan lapangan ugutan bermula pakah kuala besut mampu menahan asakan keras dari jentera samseng umno. jawapan yang pasti adalah tidak, kumpulan samseng terus mengugut dan akan diterjemahkan selepas tamatnya prk kuala besut. cikgu cikgu kuala besut sudah diwarning awal lagi oleh deris natang.

satu magic jika pas boleh menang walaupun satu undi. deris natang telah istiharkan dun kuala besut telah dimenangi oleh umno. tak ada cabaran bagi deris natang kerana deris natang menggunakan segala bentuk jentera samada jentera kerajaan atau jentera haram, semua di satukan menjadikan umno boleh menang walaupun menambah hutang negara. segala benda disumbat ke dalam mulut rakyat kuala besut, beratus juta sudah dibelanjakan. tidak termasuk dengan wang kroni yang dicurahkan ke dun ini. bot, sampan, enjin, elaun budak sekolah, baju raya, duit raya, majlis bersahur majlis berbuka majlis terawih semua ada labanya. datang je dengar dapat duit paling koman seratus dua. raya yang paling bermakna oleh penduduk kuala besut. raya paling gemilang sepanjang kurun ini.

Ulasan