idea yang nampak hebat tapi bodoh

boycott wakakaa
heboh orang kata menteri cap ayam sebab jaga ayam. suruh orang boikot jangan makan ayam, ada yang bersetuju dengan menteri cap ayam, tindakan memboikot makan ayam adalah satu tindakan bijak kata blogger. sebab kuasa pengguna boleh menjatuhkan semua harga pasaran. kenapa tak boikot guna minyak kenderaan mana mana tahu boleh turunkan harga petrol wakakkaa. tindakan pengguna jangan pakai kenderaan itu satu mungkin keadaan mana minyak dunia akan turun, tapi kenapa pengguna di barat tak boikot untuk turunkan harga minyak dengan mengadakan boikot jangan pakai minyak pakai beca ke basikal ke atau segala benda yang tak perlukan minyak. kenapa pengguna barat tak gunakan kuasa pengguna untuk berbuat demikian. ada penjelasan tak.

kalau begitu senanglah kerja menteri, kalau harga apa apa naik suruh je pengguna boikot, menteri boleh makan kedarah gaji dengan mudah, patutlah umno masih menang sampai sekarang sebab ada je penjilat yang akan membenarkan apa saja tindakan mereka. kalau tak ada menteri lagi senang dan lagi jimat duit pembayar cukai. buat apa ada menteri yang hanya pandai suruh pengguna boikot je satu cara hebat. kalau ada je semua benda naik harga boikot sajalah. apakah tiada tindakan khusus dari menteri. atau hanya bersenang lenang dalam bilik sejuk memakai kot dan tie.

kalau tnb naik harga tarif, buat lah kempen boikot tnb. kuasa pengguna akan menyebabkan tarif elektrik akan turun mendadak jika pengguna boikot. bodoh punya minda pengampu. kalau air naik harga tarif air akan turun jika pengguna boikot air, kalau basuh apa apa tu kurangkan guna air, kalau nak murah guna je sungai. boikot guna air itulah jawapan mujarab. menteri air menteri elektrik duk diam diam sudah ada je yang akan bekap berapi wakakaa. setakat mana pengguna mampu boikot, yang bercakap tu makan ayam setiap berbuka puasa punyalah cuma sebab pengampu kepada umno kenalah tulis walaupun blog penyokong pembangkang hahaahaa bolehkah barang keperluan diboikot

Ulasan