edisi terajang - UMNO TERENGGANU SEDANG MENGHALAU BANGSA MELAYU

anak kecil main api wuuuuu hahhahaha
keputusan keras kepala kerajaan negeri terengganu dibawah pimpinan umno mat said bertegas akan memusnahkan pasar payang dan membina 5 star hotel diatas tapaknya. pasar warisan dunia nampaknya memungkinkan kroni akan mendapat separuh bayaran pembinaan dengan mudah jika pasar payang tidak jadi dilaksanakan. inilah cara mat said mendapatkan wang dengan cara mudah dan tanpa perlu risau kepada apa apa pun, mat said akan mengatakan akibat bantahan rakyat terengganu dan sebagai ganti rugi kepada syarikat kroni mat said akan membayar wang pampasan seluruhnya.

mat said dan regim umno sedang berusaha untuk menghalau peniaga peniaga melayu dan juga penduduk rakyat terengganu ke pinggir bandar. dijalankan atas dasar pembangunan yang mahu diberikan kepada rakyat terengganu, wajah bandar kuala terengganu akan berubah sama sekali dan ia akan menjadi lebih maju dibawah rakyat baru di kuala terengganu bukan rakyat melayu yang sedia ada. mat said akan memastikan 5 tahun pemerintahan terakhirnya ini adalah sebagai acara dan pentas balas dendam tanpa memikirkan nasib rakyat melayu dimasa masa akan datang.

tengok dan lihat bagaimana berderet deret kedai bangsa asing mula tumbuh di paya keladi dengan tawaran yang lebih baik. bagaimana nasib peniaga melayu yang selama ini menumpang mencari rezeki dengan kehadiran peniaga besar seperti kedai kain yang ada diseluruh malaysia. bagi yang cetek akal seperti pengomen blog ini ini adalaha menandakan kejayaan dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat terengganu, apakah rakyat terengganu hanya layak menjadi pekerja kedai kain dibayar gaji rm600 sebulan dan menjadi kawan kepada bangla yang bergaji rm1000 sebulan.

kita lihat bagaimana mat said dan umno membiarkan hypermarket terus tumbuh dan sekaligus mematikan pekedai runcit dikampung semuanya berbangsa melayu, lihat bagaimana pasar ikan pasar sayur pasar tanaman semakin layu selepas ledakan hypermarket yang menjual dengan harga lebih murah. hypermarket yang membayar kepada pekebun peladang selepas 6 bulan selepas barang sudah lama dijual. mau tidak mahu terpaksa juga ditelan sebab inilah ekonomi style mat said dan geng kroninya.

Ulasan