edisi kempen - UMNO TRG TAJA CALON BEBAS BUNUH SESAMA SENDIRI

woii jangan le gocoh susah nak bawak teksi ni wakakkaak
Kem deris kem mat said meneruskan pertempuran, 3 calon bebas ditaja sepenuhnya oleh kem kem umno di terengganu, Umno terengganu yang dikatakan kuat dalam menghadapi PRU ke 13, mula tidak tenteram selepas hari pengumuman senarai nama calon di TErengganu. Semua kem  berikrar memastikan calon umno tumbang, umno terengganu lebih rela umno terengganu kalah daripada memastikan calon winnable candidiate akan menang.

pertempuran di marang, calon yang tidak terpilih man bakar and warisnya saiful gagal menjadi calon di alur limbat dan pengkalan berangan. man bakar tiada jalan lain selain dari menaja calon bebas untuk memastikan calon alur limbat mampus kali ini. alias adalah kroni deris natang yang masih lekat dalam percaturan GE13 ini, walaupun mat said bersungguh mencantas kesemua 10 budak kelabu asap yang menghuru harakan pentadbiran umno terengganu.

di hulu terengganu, Kutera telah mengangkat nama dia sebagai calon YAB menggantikan mat said, Ku tera kembali ke arena politik terengganu setelah deris natang mencantas kesemua calon yang boleh menggugat deris dari menjawab jawatan MB terengganu. Kroni Kutera sudah bersiap sedia mengambil alih wisma darul iman dari tangan umno terengganu. sudah lama umno kemaman umno besut bermaharajela di wisma dan sekarang adalah waktu umno hulu terengganu pula membelasah wang rampasan perang.

Di setiu, mat jidin mencantas kesemua Yb yb kroni deris ramlan assaari, Khazan dan halim, ini adalah tindakbalas sewaktu 4 anggota dewan undangan ini memulau persidangan umno kerana bergeser berlaga dengan mat jidin, akhirnya 4 mangkuk ini disembelih oleh mat jidin, Akhirnya 4 yb ini menaja calon bebas untuk melawan mat jidin di permaisuri, mat jidin juga berura ura untuk menjadi mb pertama dari kwasan setiu. Pertempuran sengit di setiu berlaku dengan usaha usaha 4 bekas yb untuk memastikan mat jidin maut di permaisuri.

di dungun, calon calon bebas berkeliaran, din adam terpinggir kerana terlalu mengagungkkan deris dari mat said, din adam tercicir namanya dia bukit besi. terlibat dalam kes 10 budak kelabu asap, din adam akan terus hilang selepas ini. pok rosli yang sudah lapuk kembali menerajui dungun untuk menghadapi pas didungun. apakah kem deris akan membiarkan kem mat said menang? apakah kem mat said akan membiarkan kem deris menang? atau ada kuasa 3 4 yang akan menangguk diair keruh. WANG DAN KUASA ADALAH SEGALANYA BAGI MEREKA . RAKYAT PI MAMPUS LAhH

Ulasan