party blogger

suasana pilihanraya makin hambar tak aada membahang sangat sekarang. suasana dah makin pudar, penyokong barisan nasional pun makin malas bercerita pasal pilihanraya sekarang. terlalu banyak sangat  duit keluar tak masuk masuk kembali. pakatan rakyat pun dah suam suam kuku nak berkerja. bilik gerakan dah kembali sepi. tok jib terus membisu sejuta bahasa. diam tak terkata apa apa. hanya duk ulang benda sama saja. 

aku duk perhati sekarang ramai dah pemimpin yang tak disukai oleh blogger dalam alam maya ini. aku rasalah, blogger yang hebat hebat patut jadi yang berhormat dikawasan kawasan yang mereka rasa mereka boleh menang. kalau blogger hebat pun kalah pilihanraya buat malu je. blogger yang tahu luar dalam maklumat tentang pas ke dap pkr or barisan nasional boleh mula berkempen untuk diri mereka sendiri. wujud party baru ke party blogger.

dengan krisis party party pembangkang yang dihebohkan dan juga perancangan rapi dari pihak umno pasti menyebabkan party blogger lebih releven dari party yang ada. party blogger lebih berdaya saing, hebat dari semua segi, idea, bercakap lebih laju, tahu lebih dari orang lain, hebat ilmu mantiknya, tak bodoh macam perangai pemimpin pembangkang. malaysia kalau party blogger memerintah pasti ia lebih hebat dari pakatan rakyat apatah lagi umno. 

blogger lebih tahu bagaimana nak menang pru ke 13 dari pemimpin party pembangkang. semua orang nak tanya je blogger yang hebat, siapa menang, siapa kalah. blogger yang hebat merancang membuat strategi pemikir agung dah boleh berura ura untuk masuk bertanding, jangan biarkan pakatan rakyat dan barisan nasional je bertanding, party mahasiswa boleh digunakan untuk dijadikan platform untuk bergerak, presiden party tu pun hebat sangat dipenang nun, tunjuk perasaan siang malam atas jambatan penang.

nanti boleh kita tengok sejauh mana hebatnya pemiki agung merencanakan kemenangan mereka, setakat perak tu seluruh kerusi dun parlimen boleh ditawan punya, kalau nak kaya pi bertanding diselangor,perlis tak payah sebab negeri miskin. setakat cakap je tak berani nak bertanding buat apa baik tengok lawak. lagi baik. semua dah complete ada, dari perisik kepada root semua ada. dah cukup untuk mengerakkan party blogger

Ulasan