kenyataan bangang timb. pengerusi spr

nampaknya wan ahmad mewakili spr sekarang ini bukan lagi pengerusinya. setiap kali kenyataan akhbar timbalan pengerusi spr yang akan bercakap, kemanakah hilang pengerusi spr dan jadi sang kelembai dalam biliknya. wan ahmad yang diketahui umum adalah penyokong dan ahli umno sebelum dilupuskan keahliaannya selepas diketahui ramai. walaupun menjadi balaci umno sekian lama jawatan pengerusi spr belum lagi diserahkan kepadanya. kasihan sungguh pada wan ahmad.

aziz pengerusi spr banyak mendiamkan diri dari membuat kenyataan kepada umum. kempen 21 hari membazir kata timbalan pengerusi. polis terpaksa bekerja 24 jam. bukan ke polis kena kerja 24 jam walaupun bukan hari pilihanraya. apa saja kenyataan bangang dia akan memalukan seluruh jentera spr keseluruhannya. spr yang hanya bekerja 5 tahun sekali untuk menjalankan pilihanraya umum dan pilihanraya kecik.

nampaknya timbalan pengerusi spr ini tidak memahami apa yang diperlukan semasa kempen pengundian, dia bekerja spr tapi tidak faham apa sebenarnya fungsi spr sepenuhnya. spr adalah badan yang akan memberikan ruang sepenuhnya kepada bakal yb dan parti untuk berkempen. dalam masa 21 hari masa berkempen akan memberikan segala tumpuan tenaga untuk memenangkan parti. pilihanraya negara lain memakan masa berbulan bulan, hanya dalam masa lima tahun saja kempen 21 hari digunakan sepenuhnya apakah ini juga membazir walaupun kerajaan umno membazir berpuluh billion setiap tahun.

mengapa spr tidak buat proses kempen hanya sehari, proses penamaan calon pagi tengahari dah boleh mengundi sebab kecanggihan teknologi. tak perlu hadir di pusat mengundi mengundi secara online saja. pengiraan pun dilakukan secara automatik. lagi senang siapa pun boleh mengundi tanpa perlu kenal siapa pengundi. dan yang PALING MEMBAZIR ADALAH MEMBAYAR GAJI TIMBALAN PENGERUSI SPR YANG BANGANG.

Ulasan