janji janji manis BN

kenaikan gaji kakitangan awam telah dibuat oleh tok jib. riuh diseluruh negara dengan kebaikan kerajaan barisan nasional dalam membela dan menjaga kebajikan rakyat malaysia. dengan kenaikan ini mungkin sokongan kakitangan awam kepada bn akan meningkat. jika diambil fakta pemanis yang diumumkan oleh tok jib semalam.

jika ada pemikiran dari pihak kakitangan awam, janji ini akan dilaksanakan jika barisan nasional memerintah kembali atau hanya sebagai ayat penyedap menjelang pru ke 13. persoalannya tok jib jika menang boleh merubah mengubal apa yang dia janjikan apabila dia dapat mandat baru dari rakyat. jika rakyat malaysia terpedaya lagi dengan janji janji manis mu bermakna rakyat malaysia akan menderita lagi untuk lima tahun akan datang.

kenaikan kos sara hidup akan mencanak naik.tidak perlu pil viagra untuk kenaikan harga barang dan harga minyak yang akan diumumkan sejurus kemenangan barisan nasional. ekonomi yang semakin teruk sekarang menyebabkan rakyat akan terus menderita dan semakin sengsara jika barisan nasional diberikan mandat lagi.

kenaikan gaji polis dan tentera yang begitu tinggi jelas adalah tindakan membeli undi dan sokongan kepada barisan nasional. apakah muslihat dengan kenaikan tertinggi ini. kenaikan taraf skim gaji tentera yang berpangkat jauh meninggalkan perkhidmatan awam yang sudah lama berkhidmat. apakah ini tanda tanda awal najid mahu mendapat sokongan polis dan tentera. apakah muslihat ayahanda tok jib akan digunakan lagi dimasa nanti. tok jib akan mendapat sokongan tentera dan polis jika mahu melakukan apa apa.

cara dan tindakan najid sama dengan tindakan beberapa kerajaan yang sudah menyembah bumi. diakhir hayat pemerintahan mereka inilah cara terakhir mereka untuk mengekalkan kuasa mereka di tanah air. apakah najid sudah menjumpai jalan terakhir untuk terus memastikan dia terus berkuasa selepas tamat tempoh mandat yang diberikan rakyat. fikirkan sebelum ia terjadi

Ulasan