hapuskan monopoli Perniagaan

dibawah kerajaan malaysia umno banyak mewujudkan monopoli perniagaan. dari segi kroni atau apa saja yang melibatkan kepentingan rakyat malaysia. TNB, TM, pengangkutan awam, oil and gas, IPP dan banyak lagi yang dibuat semasa regim barisan nasional memerintah. kewujudan mereka ada dari pihak kerajaan akhirnya diswastakan kepada kroni dan akhirnya mereka ini menjadi pemain utama dalam negeri bukan luar negeri, kewujudan syarikat besar ini begitu banyak menyusahkan rakyat malaysia bukannya menyenangkan.

Telekom  malaysia begitu banyak menyusahkan rakyat malaysia dengan mengenakan caj dan bayaran sesuka hati, walaupun telefon tidak boleh digunakan tapi bil tetap berjalan sampai ke setahun tanpa perlu digunakan. bill tetap melambung walaupun tuan punya telefon tidak dapat digunakan. bill internet tetap dicharge walaupun tuan dia menumpang free wifi. setelah tamat tempoh bertahun tahun, syarikat pengutip hutang telekom malaysia akan mencari pengguna yang malang ini dan diberikan ugutan supaya membayar hutang mereka dengan telekom. penguna tidak dapat beralih kepada telco yang lebih baik kerana monopoli syarikat gila ini.

begitu juga dengan tenaga nasional berhad, walaupun services teruk macamana pun, rakyat malaysia terpaksa menggunakan perkhidmatan mereka kerana tidak ada pilihan lain. perkhidmatan mereka macam apa apa pun terpaksa juga digunakan. tnb boleh mengejas meter dan kenaikan harga tanpa perlu pengguna tahu bagaimana nak melawan dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna. tanpa disedari bahawa sekarang tnb boleh mengejas kegunaan domestik tidak perlu bersusah payah. bil elektrik melambung walaupun kegunaan tidak seberapa. pengguna terus ditekan oleh TNB kerana tidak ada penyedia lain. 

lihatlah bagaimana 2 syarikat ini memonopoli perniagaan dimalaysia. kalau kerajaan malaysia mahu membuktikan bahawa mereka bersungguh dalam membela rakyat, kedua dua syarikat ini perlu ada persaing dalam memastikan wujudnya keadaan yang lebih baik kepada rakyat malaysia. kerajaan baru yang naik samada perlu mengawal kedua syarikat ini atau menwujudkan persaing baru dalam pasaran. jika tidak selamanya pengguna akan ditindas oleh kedua syarikat yang tidak professional ini.

Ulasan