BN di kaki ku

semakin hampir dengan pilihanraya namun pm masih terus mendiamkan diri dan membeku bagai sang kelembai. siapa saja yang lalu akan ditegur dan menjadi batu. fitnah adalah makanan harian makhluk umno. apa saja demi mengekalkan kuasa. magis umno semakin hilang dari zaman lampau, ahli umno sendiri dah hilang keyakinan untuk menang. cuma yang gila macam blogger bengong masih berharap umno akan menang.

kemeriahan pilihanraya umum tahun ini tidak lagi berseri, walaupun dikatakan pilihanraya yang hebat dan sengit dalam sejarah pilihanraya umum dimalaysia. bahangnya semakin menjauh. umno bangang semakin merasakan mereka tidak punya kuasa untuk memastikan kemenangan mereka. pm mereka adalah manusia paling lemah dalam sejarah. mb mb di negeri kuasa umno pun begitu letih menantikan pengumuman pilihanraya umum akan berlaku.

dalam alam maya. kemana hilangnya comedycourt malaysia yang begitu hebat dengan lagu pilihanraya dulu. lagu yang dicipta masih lagi evergreen sampai sekarang. tiada lagi kemeriahan suasana yang ada dalam alam maya ini, Yb dan ubah gaya hidup hilang begitu saja. sambutan nampaknya dingin. kemeriahan kehebatan masih belum terasa. walaupun blog semakin hebat, facebook makin hebat tapi tidak terasa sangat kehangatan pilihanraya umum yang akan berlangsung.

apakah ini permainan umno, yang mahu rakyat hilang selera untuk menghadapi pilihanraya umum, hilang selera bermakna akan mengekalkan kuasa yang sedia ada. apakah itu tujuan tok jib dengan kroni kroninya. walaupun bendera bendera poster pilihanraya sudah dinaikkan namun bahang dia tetap sejuk dan membeku. sejarah tercipta, tak lama lagi DUN nogori akan terbubar, apakah akan ada dun akan terbubar dengan sendiri dan adakan pilihanraya sendiri berasingan dengan parlimen, mengikut suasana sekarang ia tidak mustahil akan berlaku. apa apa akan berlaku dibawah najib yang bacul.

Ulasan