umno yang tidak kenang budi

umno dibaawah pimpinan mat said nampaknya terus membuat lawak jenaka. merayu mengugut mengancam semua ada dalam satu. mat said mengatakan rakyat dun manir tidak kenang budi, budi apakah yang ditabur oleh umno selain menaikkan harga minyak, menibai harta benda rakyat, mengekoh semua benda asalkan dapat duit.

pusat khidmat projek usop awang hitam yang dikatakan menjadi calon umno semenjak tahun 2000 lagi sampai sekarang belum mampu menterjemahkan bahawa dia seorang yang layak untuk mengemudi umno dun manir untuk menjadi calon umno. usop awang hitam yang mempunyai pelbagai projek mampu membuat apa saja tapi tanpa projek yang dianugerah atau projek tipu rakyat usop tak akan mampu melaksanakan apa apa. usop mempunyai 3 dapur yang perlu diuruskan.

usop awang hitam melakukan pelbagai projek untuk kantungnya sendiri disamping menubuhkan klinik sendiri yang dinamakan klinik usop awang hitam walaupun tuan dia tak ada kelulusan pelajaran. doctor atau ha yang diimport untuk bekerja diklinik tersebut. selagi usop dapat projek selagi itu klinik usop akan beroperasi jika tiada projek apakah usop mampu mendirikan klinik usop awang hitam.

mat said berkata bahawa rakyat terengganu tidak kenang budi bahkan bahawa umno lah yang tidak kenang budi, selain mendapat gaji sebagai mb dan exco tapi menibai segala benda projek yang ada. membaham komisen dari projek projek yang dibuat. projek tak siap tak apa asalkan komisen sudah masuk ke dalam kantung mereka.

umno semakin menjadi gila sebab membaham harta haram. rakyat akan menghukum mereka dengan lebih teruk. rakyat akan membuktikan bahawa umno yang tidak kenang budi.

Ulasan