paku terakhir keranda umno

umno menjalankan bermacam macam helah dan menipu untuk menang pru ke 13. umno semakin hilang bisanya. segala penipuan tipu helah mudah sangat dibaca atau umno sengaja membiarkan semua itu berlaku demi menjatuhkan kepimpinan utama. propaganda umno menjadi terlalu murah dan hina dimata rakyat. segala benda yang umno buat belum mampu untuk umno menang dengan bergaya dalam pru ke 13. segala raja auta raja tipu telah dibuat namun masih gagal mengekalkan kuasa umno diputrajaya.

umno masih terkial kial mencari jalan jalan terakhir untuk memastikan mereka terus menang dan merompak segala hasil rakyat. tujuan utama perlu direalisasikan kerajaan sudah banyak penyumbang menghabiskan segala hasil kantung mereka dan mereka bersedia untuk memenuhkan kembali kantung yang sudah kering kerana disedut oleh umno. kantung kantung yang kering ini perlu diisi dengan segera samada sebelum atau selepas pru ke 13.

kroni kroni sudah semakin panas dan memberontak, kantung yang bocor sudah tidak mampu lagi ditampung, segala idea perlu diperah untuk mencari kembali duit yang hilang. semua projek terbeku dengan sendirinya kerana ia digunakan untuk membeli rakyat malaysia. pemuda pemudi diberi wang dan segala benda bentuk untuk memujuk mereka mengundi mereka di dalam pru ke 13. segala jenis brim brom krim kerum trum thrash mental sudah di war warkan. wang negara sudah kering, umno terus rakus menibai. rakyat terus menderita.

mahu tidak mahu umno terpaksa jugak mengadakan pru ke 13 dalam keadaan mood yang paling down sekali. perasaan menang sudah menjauh dari diri mereka. suasana sungguh menekan mereka sekarang. paku terakhir umno sedang menunggu untuk memastikan mereka mampus secepat mungkin. apaakah jalan terakhir umno untuk memastikan paku terakhir keranda mereka tidak digunakan. apakah SPR, POLIS, KDN,SPRM atau apa saja akan digunakan untuk memastikan mereka akan terus berkuasa walaupun kalah. ARAB SPRING tak akan berlaku dimalaysia, assorber dia keras

Ulasan