program maksiat melanggar Terengganu

program maharajalawak melanggar terengganu, stadium tertutup disebelah stadium runtuh mengundang beribu manusia utk hadir. usaha usaha membawa program melalaikan oleh kerajaan negeri terengganu dibawah urus tadbir mat said telah berjaya.

seawal pukul 8 pagi dah berduyun duyun manusia yang hadir untuk mendapatkan tiket, program bahgal ini dibawa khas oleh kerajaan barisan nasional terengganu, beribu ribu manusia tidak solat jumaat dan solat seterusnya, dan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan barisan nasional terengganu.

setelah negeri terengganu dilanda musibah banjir, empangan perda dipecahkan yang hampir melenyapkan beberapa kampung, kerajaan barisan nasional dibawah mat said masih mahu meneruskan kerja kerja maksiat.

pada malam ini sebelum bermula program maksiat ini, pertunjukkan bunga api besar besaran diadakan oleh kerajaan negeri barisan nasional. pertunjukkan bunga api yang boleh dihalalkan oleh kerajaan barisan nasional. asalkan nama barisan nasional je mesti semua akan dihalalkan.

diharapakan semoga stadium tertutup tahan gegaran program maksiat, jangan runtuh sebagaimana stadium disebelah, keretakan dan kebocoran kepada stadium tertutup sudah lama kedengaran, dan semoga program maksiat ini tak membawa bencana yang berat.

Ulasan