pertembungan ngo R dan kickdefella

sepatutnya presiden ke atau sesiapa dari ngo R, bersetuju berdebat dengan kickdefella, berhujah dan boleh buktikan mana bukti yang lebih relevan,apakah R lebih relevan atau kick yg lebih relevan, jika kick mempunyai bukti bukti yang lebih jelas nyata kukuh bukannya bukti sampah yang dia kutip dari tong sampah atau dari longkang yang telah di drainkan.

kalau presiden R malas nak layan blogger bengong kick dan presiden R pass aje pada adukatakguna yang dikatakan hebat mencari salah kerajaan pas kes kedai salon, bagi aje pada adukatakguna pasti dia boleh melanggar kick yang rakan sekutunya. kita boleh tengok sejauh mana bengong dua dua makhluk ini, UTTV boleh mengadakan siaran langsung, saluran ceria sokmo pertembungan R dan kickdefeella.

kalau setakat nak tunggu menteri umno, sampai kiamat pun belum disahut cabaran dari ngo R, dari membuang masa, kita boleh mendengar kata kata dari blogger kick, kick yang mengaku mula mula mencari bukti bukti tentang minyak dan gas dinegeri kelantan sewaktu bersama husam musa dulu. semua benda kick nak campur sampaikan kuasa mb kelantan pun kick campur tangan. sempat jugak kick bertempur dengan mso pasal kambing jantang yang tiada janggut dikatakan lebai.

ngo R sepatutmya menggunakan kesempatan terbaik ini untuk berhujah dengan blogger pro umno seperti kick. medium terbaik untuk ngo R terus mengukuhkan kedudukan sebagai ngo yang berwibawa atau terus menaikkan sentimen pembahagian royalti. jika ngo R yang mempunyai ajk dan kehebatan ahlinya dapat diterjemahkan dalam alam realiti, tidak perlu kepada ketua dan sesiapa dalam ngo R boleh menyahut cabaran kickdefella.

ngo R ada ahli yang berwibawa yang bisa melanggar sesiapa saja, lesen salon yang tidak berlesen pun sanggup ditulis dalam blog, sanggup menjadi kambing gurun kepada pengusaha pengusaha salon yang bukan islam kononnya menuntut hak. akhirnya terdiam dengan kebodohan sebagaimana biasa. sebagaimana pengikut dia yang duk canang ada kabel sebesar batang nyor belakang rumah penarik beca. jadikan ia satu peristiwa yang menarik atau ngo R juga penakut macam kick jugak.

Ulasan