PAS TERENGGANU DAN MUKA BARU

suasana pilihanraya umum ke 13 makin terasa, spr sudah menempah dakwat kekal dan sudah hampir sampai ke malaysia. percaturan pembangkang dan kerajaan korup umno sudah sampai kepenghujungnya. pembangkang akan cuba menafikan 2/3 kerajaan sekarang sekaligus menumbangkan kerajaan korup umno yang sudah lama usang ditampuk pemerintahan malaysia.

banyak muka baru akan diketengahkan oleh pas terengganu dalam usaha menawan kembali pemerintahan dari tangan umno haramjadah. mungkin separuh dari calon pas adalah muka baru. pas terengganu memerlukan 8 kerusi untuk mendapat majoriti mudah untuk mengembalikan pas ke wisma darul iman. percaturan ini memerlukan komitmen dan strategi yang berkesan.

mengembalikan pas ke pusat pemerintahan terengganu bukanlah satu kerja mudah. suasana yang amat perit dan jerih. pas terengganu perlu menang sebanyak mungkin parlimen untuk memastikan putrajaya milik pembangkang. jika pas terengganu gagal menymbang sebarang pertambahan kerusi parlimen, putrajaya belum pasti menjadi milik pembangkang. pembangkang tidak boleh sangat bergantung harap kepada kerusi malaysia timur yang bila bila masa boleh berubah angin monsunnya.

senarai daftar pemilih baru banyak perubahan, nama nama lama yang memenangkan umno sudah hilang dari daftar pemilih di kawasan parlimen dan dun terengganu. kebanyakan nama ini sudah kembali ke negeri asal selepas selangor perak tumbang menyembah bumi,  kawasan parlimen marang yang menjadi target serangan mula kendur. nama nama yang tidak pernah dikenali semakin berkurangan. dun dun kritikal umno akan dibiarkan menang dan umno menumpukan mendapat kuasa simple majoriti walaupun mat said dengan angkuh berkata akan menang 28 kerusi atau menyapu bersih kerusi di terengganu walaupun diri sendiri belum tentu boleh bertanding kerana masalah nama hitam di sprm.

kemungkinan besar nama nama pemilih ini sudah kembali ketempat asalnya di selangor kedah dan perak. umno sendiri merasa yakin tentang kemenangan akan berpihak kepada mereka dalam pru ke 13 ini sebab itu nama ini dipulangkan kembali kepada tuan punya mereka. mungkin kerana perancangan deris sebagai pengarah pilihanraya umno malaysia untuk memastikan umno dapat menang kembali dinegeri mereka kalah. percaturan dan strategi yang sama digunakan oleh deris natang sewaktu menang di negeri terengganu.

Ulasan

  1. bro, Lu punya alasan pengundi hantu dah balik ke negeri asai mana bole bro! tidak dibenarkan sama sekali alasan tu bila kalah, tp di selangor sebelom bertanding dah ada alasan pengundi hantu tak pe bro..hahaha

    BalasPadam
  2. mesti pencacai diselangor risau kalu kalah hahaa, tak bole nk songlap pasir lagi nk send org pi umrah, taja sana sini hasil sedut pasir wakakak

    BalasPadam

Catat Ulasan