merdeka dari umno haramjadah

selepas 55 tahun merdeka, sekali lagi himpunan merdeka dapat dijayakan di stadium merdeka. kesesakan berlaku diluar dan dalam stadium, status terkini hanya 40 hingga 50k saja menurut angka rasmi polis diraja malaysia,  kali ini pendemo tidak mendapat hadiah dari polis. suasana mesra alam walaupun ada juga yang berlaku secara kecil kecilan.

dimana geng teksi yang merasakan periuk nasiknya terancam, dimana geng ikan bakar yang hangus terbakar kesan ramainya manusia berhimpun. geng tentera pencen pun nampaknya tak kelihatan, pekida bersama umno hanyut dalam gelombang kebangkitan rakyat. perkasa bersama berahim ahli berdemo gamaknya di stadium bukit jalil bersama himpunan samsidar.

rakyat datang dari segenap pelusuk negara malaysia, suasana ditol di utara selatan timur pantai barat begitu menguntungkan pemegang pemegang konsesi lebuhraya bertol. yang datang dari pantai timur satu perjalanan akan berhabis sebanyak rm100 untuk pergi dan balik. kalau 10000 kenderaan datang dari pantai timur terutama terengganu bermakna pemegang konsesi akan dapat menjana wang sebanyak 1 juta untuk demo ini saja.

kebangkitan rakyat menggerunkan umno, dan semangat ini hendaklah dibawa untuk membawa dan membuka jalan ke putrajaya. himpunan ini semoga membawa semangat baru untuk berhadapan dengan umno dalam pru ke 13. perhimpunan aman kali pertama mendapat kebenaran dan kelulusan perlembagaan negara.

salam dari jalan pekeliling.

Ulasan