open artikel - just my opinion



logo Agensi nUKLEAR malaysia

APABILA membicarakan nuklear mesti ramai rakyat malaysia akan membayangkan kemusnahan yang bakal ditanggung oleh mana mana negara yang ada mempunyai nuklear. kesan kesan kemusnahan yang dibuat oleh nuklear, trajedi pengemboman "little boy" hiroshima pada 6 ogos 1945 dan  "FATMAN" 9 ogos 1945 di nagasaki adalah contoh terbaik.

kebocoran nuklear di chernobly ukraine pada 26 april 1986 adalah contoh contoh keburukan nuklear. kesan radioaktifnya adalah amat buruk kepada manusia. apakah malaysia juga akan mengalami nasib yang teruk kesan radioaktifnya.

aku membawa isu ini kerana kenaikan tarif elektrik oleh kerajaan barisan nasional. sumber alternatif terbaik untuk menjana kuasa elektrik bagi kegunaan negara. dengan permintaan yang semakin meningkat dan penyusutan sumber tenaga minyak dan arang batu.

Tenaga elektrik yang dihasilkan daripada teknologi kuasa nuklear disifatkan sebagai teknologi sihat dan lebih murah daripada sumber alternatif yang lain. jika ia digunakan tarif elektrik mesti lebih murah dari sekarang.

Sesungguhnya loji janakuasa nuklear yang dicadang dibina dengan anggaran kos RM 9.75 billion dan dijangka beroperasi pada 2021 ini dilihat mampu menyumbang ke arah kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara. Ianya juga selaras dengan hasrat negara yang mahu bergerak ke arah ekonomi karbon-rendah bagi menangani perubahan iklim dunia akibat pembebasan karbon dioksida.

malaysia berminat untuk membina loji berskala kecil sebagai sumber penjanaan elektrik telah memberikan suntikan baharu dalam bidang tenaga nuklear negara yang selama ini tertumpu kepada bidang penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perubatan, perindustrian, pertanian dan pemeliharaan alam sekitar.

Ulasan