artikel menyakit hati - gaji minimum

akta gaji minimum
akta gaji minimum dirangka oleh kerajaan umno dan juga pakatan rakyat, gaji minimum yang dirangka oleh kerajaan umno adalah rm900.00 dan pakatan rakyat merangka rm1100.00 sebulan. jika ini dikuatkuasakan bermakna semua pekerja akan menikmati gaji bermula dari tingkat terendah ini.

apakah akta ini relevan dengan keadaan realiti atau hanyalah propaganda masing masing sahaja. baik umno atau pakatan rakyat apakah mereka melihat menjurus ke bawah atau hanya bermain agenda politik sahaja.

bagi aku akta ini hanyalah mainan orang politik dan pada realitinya hanya auta semata mata. jika kita melihat kembali gaji untuk cikgu cikgu PASTI, atau cikgu cikgu di sekolah agama rakyat (SAR) mereka hanya menikmati gaji dibawah paras paria bekerja. gaji minimum hanyalah mimpi indah yang pulang bersama embun pagi.

kemiskinan cikgu cikgu PASTI atau cikgu sekolah SAR telah berlaku berpuluh tahun dan tiada tindakan drastik yang diberikan. apakah akta gaji minimum akan diguna pakai dan mana mana cikgu sekolah agama rakyat atau PASTI akan menerima kadar gaji yang indah dan menkagumkan ini.

yang aku pasti adalah akta gaji minimum hanyalah tipu dan kebodohan kepada yang merangka. dengan keadaan sekolah yang daif, miskin dan papa kedana mustahil akta ini akan digunakan. dimana sumber yang akan dibayar apakah wang yuran yang dikutip mampu membayar gaji cikgu PASTI atau cikgu SAR?

dengan keadaan hidup segan mati tak mahu ia hanya lakonan dan tipu daya yang hanya indah dibibir. jauh lagi nak dilaksanakan. akta gaji minimum hanyalah omongan kosong dan akan terus digunakan. yang miskin akan terus menderita dan akan terus ditelan oleh sang mahakaya. wujudlah akta gaji minimum berpuluh akta lagi pun namun ia tidak akan berjaya dilaksanakan.

Ulasan