analisis - lembu korban

golfer cow hahhhaa

nampaknya tahun ini bisnis lembu korban semakin menurun, dengan harga yang semakin melampau dan semakin menekan kepada umat islam untuk melakukan ibadat korban. harga harga lembu yang akan dikorbankan samada yang import atau yang di pelihara oleh rakyat tempat melonjak begitu drastik.

industri lembu semakin teruk dengan ketiadaan tempat meragut, kerugian projek lembu feedloot yang ditibai oleh kroni, lembu yang sepatutnya menjadi lebih murah dan membekalkan protein kepada rakyat malaysia akhirnya menjadi isu yang semakin memualkan.

dengan rasa yang tidak bersalah langsung ceo feedlood menyalahkan kementerian noh omar yang sentiasa korup. kedua dua makluk bangang ini menambah parah kepada indutri ini. dengan keadaan ekonomy yang semakin merudum, umat islam terpaksa mengira untuk melakukan ibadat ini.

banyak lembu yang diimport masuk tidak dapat dijual kerana harga terlampau tinggi. yang melakukan ibadat korban mega atau raksasa boleh bermegah dengan duit yang dibalun dari projek kerajaaan dan rakyat. yang ingin melakukan sendiri dengan wang titik peluh sendiri mengeluh kerana masih gagal untuk menyempurnakan ibadat ini.

harga lembu sudah setaraf dengan GOLF set. sebatang driver bersamaan dengan seekor lembu. begitulah harga lembu sekarang. kerajaan umno terus bermimpi dan terus membalun projek mega, membelasah duit rakyat tanpa henti sebelum pru ke 13. rakyat dibawah terus merana kerrana merudumnya ekonomy yang semakin mengucup. jenayah semakin tinggi, tiada siapa lagi boleh diharapkan.

Ulasan