artikel menyakit hati - budget pembangkang

najid berbaju melayu hijau membentangkan budget 2013. pelbagai imbuhan dan juga pecahan yang dapat di lihat sepanjang budget yang dibentangkan. beberapa angka menarik untuk dikaji dan diulas, pengurangan subsidi gula adalah yang paling menarik. ayat baru yang sengaja digunakan untuk menyepikan kenaikan harga gula.

budget barisan nasional sudah dibentangkan. bagaimana dengan budget pembangkang pula. apakah ia lebih realistik atau plastik. pembangkang perlu membentang budget dalam keadaan yang lebih peka dan tidak berselindung disebalik untuk menang ke putrajaya.

budget ini hendaklah merangkumi keseluruhan apa yang akan dibuat, sudah dibuat, atau hanya perancangan jangka panjang dan jangka pendek.  ada yang budget hanya memancing dan amat sukar melaksanakan dalam masa yang terdekat. mustahil dapat dilaksanakan dalam masa sehari atau 100 hari pemerintahan.

bukan senang untuk memuaskan hati semua manusia dalam alam maya ini. ada benda yang akan buat rakyat tak puashati. mana mungkin dapat memuaskan hati semua manusia. oleh itu demi ekonomi sosial atau sebagaimana, walaupun tak popular ia wajar di ketengahkan jugak.

kesinambungan ekonomi yang baik perlu diwujudkan. beberapa cukai mungkin diperkenalkan atau digubal dan dipinda mana mana tempat.  GST umpamanya aku nampak ia menjadi persoalan kepada kerajaan baru samada akan dilaksanakan atau ditangguhkan lagi demi kuasa politik. impak dari cukai ini boleh dibaca jika diuruskan dengan telus dan tepat.

sebagaimana pengurusan TOL, apakah kerajaan baru akan memansuhkan terus TOL atau mengekalkan  pada kadar yang tidak membebankan rakyat. aku rasa ada TOL perlu dikekalkan demi menjaga kemudahan dan keselesaan rakyat dalam menggunakan kemudahan lebuhraya bukan TOL yang akan naik sentiasa. dan memenuh poket kroni.

Ulasan