artikel andaian - khairy lompat macam beruk

i move it toooo hahhahahah
adakah kj menantu bekas pm malaysia akan juga melompat sebagaimana bekas bekas yang lain. bekas bekas nampaknya semakin membesar membentuk sesuatu yang baru dalam pakatan rakyat. apakah pakatan rakyat terus menerus membuka pintu kepada bekas bekas ini.

senarai nama calon untuk pru ke13 sudah siap dan dikatakan bahawa kj tidak termasuk dalam calon winable candinate. apakah kerana sifat kj yang cuba membawa cara baru berpolitik tidak menguntungkan umno. oleh sebab tidak menguntungkan umno dan lebih tepat adalah mencantas kj kerana sudah lama dia makan hasil dari umno. dari papakediawan menjadi hartawan. sudah lama membaham projek mega negara tanpa sudi share sesama umno. kerana banyak buruk dari baik kj perlu dinyahaktifkan dari umno.

sesuatu berlaku semasa pembebasan nuar berahim, dikatakan kj membawa pasport nuar berahim ke rumah nuar berahim sewaktu nuar berahim nak ke jerman merawat tulang belakangnya. sosek sosek berita itu dihilangkan terus dari media perdana dan media blog, apakah mengambil sikap serupa sapu bawah carpet jika ia tidak menguntungkan dan memberi beban kepada parti.

apakah kj juga akan melompat masuk ke pkr diwaktu yang sama akan dapat share bila pakatan rakyat bergerak ke putrajaya. kapal besar umno sudah banyak sangat lubangnya, disamping ada pihak dalam kapal umno yang membuka pintu air untuk memastikan umno terus tenggelam agak ramai ketika ini. 

dan apakah perahu pakatan cukup kuat untuk menampung beban yang akan dibawa. atau juga pecah awal dengan kenaikan kelasi kelasi yang sudah diketahui boleh tikam belakang andaikata janji tidak diperolehi atau gagal mendapat harta ghanimah hasil peninggalan umno. persoalannya apakah pemimpin yang berpaling tadah ini akan diberi peluang menduduki kerusi kerusi empuk lagi atau mereka benar benar berpaling tadah demi rakyat bukan demi periuk nasik mereka yang bocor. 

Ulasan