perjanjian belakang lorong

melihat kembali 4 tahun yang lalu. kali pertama datang masa malam kemenangan pakatan rakyat di perak, gegak gempita seluruh alam sebab perak tumbang. dengan majoriti simple pakatan rakyat nak menubuhkan kerajaan. kemudian datang lagi selepas kerajaan pakatan rakyat tumbang menyembah bumi, banyak siri lawatan sambil belajar di negeri baru yang diperintah oleh pembangkang.

siri jelajah bersama sama meninjau negeri negeri pakatan rakyat. mb nizar dah terkenal di kalangan ahli pas cuma ahli yang bukan pas tidak kenal siapa nizar ni. lawatan ke pejabat mb nizar. sekarang tak boleh nak lawat pejabat mb dah mesti zambry marah.

dulu perak tersohor dengan perjanjian pangkor zaman british dan zaman kemenangan pembangkang.  ketua alimamak reform paling kedepan menulis kononnya membocoqkan rahsia lepas tu diam selepas kena sekeh. kesahihannya hanya yang tahu ada atau tak ada.

aku duk cari fakta kenapa hanya perak tumbang bukan selangor atau kedah atau penang. aku meneliti setiap benda yang berlaku di perak dan sekeliling negeri pakatan rakyat. apakah ada perjanjian lain selain perjanjian pangkor.

mengapa perak saja. apakah kerana mb dia dari pas, dan ada tangan ghaib yang sengaja memberi diperak dan selamat di selangor. apakah kerana pas menjadi mb jadi perak dijadikan pertukaran untuk selamatkan satu negeri yang lain. atau sengaja dilakukan sedemikian. persoalan ini mesti dirungkaikan. aku tak percaya apa yang malaysia today tulis walaupun orang lain sangat mempercayainya. itu skrip yg telah dikarang.

mengapa selangor dibawah pkr masih selamat sedangkan selangor negeri yang lebih kaya dan bernilai untuk umno. dan mengapa terjadi peristiwa bangang sepanjang exco pas memegang jawatan penting. bila pkr mengambil alih sampai sekarang tiada perkara bangang dilakukan oleh jabatan di selangor.

jais masa pas pegang sibuk kerja siang malam, kejar syiah sampai penganut tua dia lari sambil berbogel kena kejar. serbuan digereja serbuan dikelab malam, serbuan dikedai 24 jam dan pelbagai kisah yang sengaja diatur atau telah dirancang.

mengapa sekarang semua kes kes ini tidak lagi berlaku, pelbagai andaian dan pendapat boleh diberikan, ramai yang semakin sedar ada perjanjian belakang lorong, perjanjian depan lorong tidak dirangkumi sekali. apakah ini juga satu permainan atau agenda dalam perancangan yang hebat.

banyak benda yang diselongkar akan menjadikan perkara itu lebih menarik, persepsi diwujudkan agar semua orang berbicara benda yang sama, ianya seperti adverb, ia ditayang berulang ulang kali agar terlekat di otak rakyat malaysia.

Ulasan

  1. Lebih kurang 4 hari sebelum kerajaan PR tumbang, gua ada beri nasihat kat seorang yang rapat dengan SU-SU dan Nizar agar bubarkan DUN Perak kerana gua dah agak dengan kehilangan 3 ekor katak yang tak dapat dihubungi oleh sesiapa pun. Tapi sape gua untuk nasihat mereka, gua dah bagi hujah gua kenapa DUN Perak perlu dibubarkan segera jika ingin selamat. Akhirnya apa yang gua hujahkan itu memang menjadi kenyataan.

    BalasPadam
  2. hang dikelilingi oleh bijak pandai, bukan senang nk dgr org yg kemaruk kuasa. lps jatuh mb dia org cakap speaker akan bertahan dlm dewan, lepas tu speaker pun umno sapu bwh karpet. semua tak jadi soal. sampai sekarang tiada lagi usul undi tidak percaya kepada mb. padahal benda macam tu kena buat sentiasa, tolak tak tolak belakang kira. tapi cakap saja pandai.

    BalasPadam

Catat Ulasan