bila kita kata orang lain semua salah

apabila kita semua tak setuju dengan kedua dua kiri dan kanan kita, apakah tak mungkin peluang mewujudkan kehadiran third force. kewujudan perlu dilihat dari kacamata orang orang yang hebat. baiki dimana mana ada kebocoran diantara pr dan bn

jikalau hanya mengeluarkan fakta dan kita mampu menerjah dan menerobos ke dimensi yang ketiga atau yang boleh menyelesakan rakyat malaysia, apakah rakyat tak boleh menilai semua itu. sistem yang diperjuangkan tak kisahlah asalkan bagaimana nak melaksanakan.

kalau kita bercakap dalam ruang lingkup sempit ini mustahil untuk terus berubah sebagaimana perancangan yang ada, pastikan ada lagi pilihan untuk rakyat malaysia untuk terus mencari keadilan. jangan hanya berani mintak dengan tok guru haji hadi pedang dan unta, apakah tak berani mencari ak47 dan amphibia di sempadan untuk turun berhadapan.

65% lagi rakyat malaysia tidak berpatisan, jadi ia akan membolehkan semua rakyat ada lagi pilihan selain pr dan bn, jangan cakap nak tubuh negara komunis pulak, nanti akan ada ordinan dharurat yang akan datang serah surat. atau pun kerajaan 9 mufti mirip kerajaan komunis.

semua orang akan boleh turun ke kandang babi dan sanggup minum bersama pope john paul. apakah tiada pengikut yang sanggup bermatian mempertahankan ideologi yang begitu kritis dan melangkaui zaman. 65% amat penting lagi kerana ia akan merubah semua scenario yang ada. bukan setakat membentangkan data seperti mlm.

semua data ada ditangan tak akan tak boleh menawan malaysia dengan cara yang terbaik. jangan kita mengharapkan pr dan bn lagi. cari kelemahan dan kelebihan yang ada dikedua dua pihak dan tubuh satu parti baru yang lebih dinamik adil dan saksama.

mungkin parti baru lebih kuat lebih berideologi dan lebih adil kepada rakyat malaysia. sekurangnya rakyat malaysia berpeluang mempunyai lebih banyak pilihan. bukan sekadar omongan kosong di sejadah surau atau lapik tuala dalam gereja.

kalau kita bukan dari golongan bangang dan tidak akan menerima tanpa sebarang persoalan semestinya ada cara ketiga dan lebih baik dari cara pertama dan kedua. kena bangun dengan pilihan yang ketiga. dari kita terus membuang masa dengan kedua dua ini.

hanya dengan kuasa bisa merubah dan menenggakan keadilan dan apa jua sistem yang nak diguna pakai dikesampingkan dulu. tapi kalau kita jenis hanya pandai meneliti data sekeh sana pial telinga disini tak ada juga kita bercakap atas platform tak berparti.

kritikan diperlukan untuk memastikan semua berlaku dengan baik mengikut jalur jalur dan membentuk garisan linear yang panjang. jangan korner dimana tiada selekoh nanti tak pasai pasai masuk kedalam jurang. susah nak naik.

yang datang meminta ghanimah pun banyak, yang tak ada kena mengena dengan kemenangan pun datang menepek. yang mengaku mereka juga berjuang pun ramai. yang berebut jawatan ketua kampung sangat ramai. bukan setakat jawatan mb. tapi kenapa hanya kerajaan perak saja yang runtuh??

kalau orang tak benci kerajaan tak akan runtuh, bukan sebab perjuangan ini bermakna umno tak runtuh sebab orang tak benci lagi. jadi apa yang dibawa oleh pakatan rakyat tidak ada makna apa apa sebab rakyat tak benci barisan nasional. tak ada guna penjelasan jika ini diguna pakai. selagi rakyat tak benci tak akan tumbang barisan nasional.

bukan ke dalam dunia ini, sebab kerajaan runtuh sebab kebencian rakyat pada pemerintah. morsi menang di mesir sebab orang benci pemerintah lama, bukan kerana ideologi yang dibawa oleh morsi.

Ulasan