salah ke PKNK beli SAham FGVH

riuh orang umno bila dapat tahu yang PKNK beli saham FGVH, bagi aku tak salah sekiranya membeli saham fgvh itu, bagi  penarikbeca apa yang ustaz azizan buat mesti salah. bangang le kalau berfikir sebagaimana penarikbeca yang akan mencari apa salahnya ustaz azizan. dendam lama masih membara. kenapa kita berfikiran sempit mengenai isu FGVh kita menentang sebab ia membawa kerugian. dan penentangan kita tak membawa kemana sebab FGVH tidak juga dibatalkan. perhimpunan oren dalam 1000 orang saja mengikut perkiraan rais yatim. mad maslan banyak sikit. jika pknk mendapat saham yang dikatakan untung apa salahnya pknk membelinya. sumber keuntungan boleh digunakan kembali untuk negeri. bodoh ke cerdik kalau membeli benda yang untung bila dijual. dikala saham fgvh ini sedang melonjak naik apa salah pknk membeli dan menjual. sekurang keuntungan saham ini akan memberi sedikit perbelanjaan pknk yang boleh dilakukan dengan keuntungan itu.

kenapa kita tidak pergi marah kepada penerokan yang menerima durian runtuh atas pink form yang dikeluarkan, apakah peneroka yang marah tidak menerimanya. marah kerana ia dibuat atas dasar paksaan dan boleh merugikan peneroka dalam jangkamasa panjang. itu adalah sumber penolakan Felda diapungkan di bursa saham. mahu tidak mahu FGVh tetap diapungkan dan sahamnya tetap terjual. walaupun penarikbeca tunjuk perasaan berbogel dengan adukatakguna sekali pun fgvh tetap terjual dah. walaupun penarikbeca tunjuk perasaan seekor depan bursa saham pun fgvh tetap diapungkan. jangan jadi bangang sangat. keuntungan saham fgvh sekarang akan dapat memberi sedikit ruang untuk pknk bernafas. membuat projek untuk rakyat. apakah dengan marah fgvh tidak terjual ia sedang dijual dan sudah terjual. jadi apa tindakan kita selain tunjuk perasaan. apakah kita boleh menghalang fgvh terjual nampaknya tidak akan terjadi.

saham fgvh akan untung diperingkat awal. pknk dah beli dan jual jadi apa masalahnya. umno hanya menyalak saja dan berpusing. apa nak heran sangat kerja umno dan penarikbeca saja yang dengki kepada mb kedah sebab tertentu. kalau mahfuz jadi mb pasti boleh aje. beli saham israel pun penarikbeca akan setuju. kalau kedua exco yang bangang tu jadi mb penarikbeca tetap setuju. tak akan ada ayat tunjuk perasaan depan pejabat mb dan kenyataan presiden pas tidak akan wujud. kalau saham syiah diapungkan pun dimalaysia penarikbeca tetap beli walaupun ramai orang sunni menentang. umno tak ada kemana pun isu fgvh. fgvh tetap terapung dah belayar. orang orang oren dah jadi sunquick. tetap masam makin masam akan terus masam.

Ulasan