perlu atau tidak Pembangkang ada blogger upahan??

blogger pakatan rakyat sudah mula mengungkit dengan kerja kerja mereka yang tidak dibayar sebagaimana blogger upahan umno haramjadah. kerja kerja menulis menjadi beban dan semakin sukar dilakukan sekarang. persoalannya apakah pembangkang mampu membayar gaji atau menyediakan prasarana untuk para blogger pembangkang untuk meneruskan tugas tugas menjadi panglima di dalam alam maya. menjadi penempur tegur untuk mematahkan hujah hujah bodoh dan bangang dari blogger upahan umno. kerja kerja menulis memerlukan sedikit masa yg berharga dalam hidup untuk diinfakkan ke alam peperangan antara yang hak dan yang batil. semakin banyak ditulis semakin banyak masa berharga akan digunakan. update dari semasa ke semasa memerlukan kos dan juga tenaga. bagi aku blogger upahan apakah perlu atau tidak kena berbalik kepada soal biasa yang sering di timbulkan. dari mana sumber kewangan yang nak dicari, apakah yb yb dari pakatan rakyat ada duit berkarung karung sebagaimana yb yb umno dan kroni kroni mereka. apakah kroni kroni pembangkang juga mampu bermewah sebagaimana mewahnya hidup mereka bila mendapat projek. projek yang dimiliki oleh kroni yb pakatan rakyat selalu menipis dan haus sepanjang masa.

apakah kita mahu yb yb membalun duit rakyat demi mengupah blogger. kesempitan wang selalu berlaku bukan saja untuk menderma bahkan untuk memberikan pertolongan dalam dun atau parlimen memerlukan wang yang banyak. tanpa kemudahan dana dari kerajaan dan duit gaji yang tak seberapa apakah yb pembangkang memberikan apa yang mereka janjikan. akhirnya yb pembangkang malu sendiri bila berjanji. diselangor atau negeri pembangkang berkuasa mungkin boleh dilakukan sedemikian. sumber dana yang boleh digunakan agak banyak dan boleh diurus tadbir dengan baik. tapi satu je persoalannya kalau pembangkang menggunakan dana dari kerajaan untuk diberi kepada blogger ini bermakna tiada bezanya umno dan pembangkang. dana kerajaan juga digunakan untuk membayar keperluan blogger. lama lama tiada dana kerjakan projek dan meninggikan harga projek dan akhirnya menjadi satu habit kepada blogger untuk menerima bayaran untuk menulis dan kebajikan rakyat akan mula terabai kerana yb sudah mula mencongak sebanyak mana bayaran yg perlu disediakan.

wang memainkan peranan penting dalam segala urusan parti politik. sumbangan dana sedekah jariah semua diperlukan. sebanyak mana pun diinfak tidak akan mencukupi. mana mana yb pembangkang yang lone ranger akan selalu mengelak untuk berjumpa rakyat kerana dana mereka sangat sangat terhad. sumber kewangan terbahagi kepada keluarga, rakyat perjuangan sumbangan pada parti semua menjadikan yb kurang bermaya menghadapi permasalahan hidup. rakyat yg miskin perlu dibantu tapi sumber hampir tiada.rakyat setiap hari datang mengadu samada untuk membayar bil elektrik bil air atau untuk makan sehari hari. paling koman kena hulur rm10. kalau 10 orang datang bermakna rm100 sudah hilang. belum masuk datang mintak pelbagai bantuan. masalah. kematian. dengan sumber kewangan yang terbatas aku tidak nampak apa yang dijanjikan akan boleh dilaksanakan. janji dikira munafik jika tidak dilangsaikan tapi suasana perlu diambil kira.

Ulasan