kerajaan terengganu akan dilelong

kerajaan negeri terengganu juga akan digadai jika ini diambil kira. pengurusan kerajaan negeri yang semakin bengong dan ketiadaan wang akan menyebabkan terengganu akan digadai seluruhnya oleh kepimpinan umno haramjadah. Inilah yang berlaku kepada tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar yang terletak di Mukim Kerteh yang terpaksa di lelong. Bank Hong leong telah mengadakan sessi pelelongan.Sebuah syarikat bukan Bumiputera, yang berpengkalan di Pulau Pinang, Alam Sierra Development  Sdn Bhd telah menjadi pembida tunggal yang berjaya membida tanah kerajaan negeri itu dengan harga rezab RM 5.594 juta. inilah cara mat said bangang memerintah terengganu. tanah kepunyaan kerajaan negeri ini telah digadaikan kepada hong leong bank untuk membina bandar baru kerteh jaya. akibat kegagalan pengurusan yang diketuai oleh mat said hutang bank tidak dapat dibayar dan akhirnya tanah tersebut sudah tergadai ketangan syarikat bukan melayu. Tanah ini mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai. jika dikaji dari segi pelaksanaannya, kawasan bandar baru kerteh jaya ini akan berkembang pesat namun kegagalan pengurusan LTAWNT atau banyak memenuhi tembolok pemimpin umno negeri menyebabkan projek yang dirancang gagal dan bala yang diterima adalah tergadainya harta tanah kerajaan negeri.

masih banyak lagi tanah  kerajaan akan tergadai selepas ini, projek mega yang dirancang selalunya akan terbengkalai dan akan menjadi gajah putih. projek projek yang dijalankan hanya untuk memberi untung atas angin kepada syarikat kroni. 100 juta hanyut ke dalam tasik kenyir. 50 juta projek tanam anggur. pelbagai projek yang tidak akan siap dan menelan belanja beratus juta diadakan diterengganu. deris natang dengan projek taman tamadun islam yg sudah menjadi beban kepada kerajaan negeri untuk diselenggarakan. stadium runtuh belum dibaiki selepas mencatat rekod mempunyai bumbung terpanjang tanpa ada sokongan. masjid raja yang tidak siap siap walaupun dah bertukar kontraktor 2 3 kali. projek tambak laut, projek payang walk sudah bermula namun menelan belanja kos berjuta juta. tiada hasil dari semua projek ini. ini hanya mengeringkan kantung kerajaan negeri dan bila kering pemimpin umno akan menggadaikan mana mana tanah kerajaan untuk menampung kerugian yang telah dibuat. hanya tanah kubur dan angin saja belum digadai oleh mat said bangang.

Ulasan