himpunan oren pula

banyak sungguh perhimpunan yang dianjurkan oleh pas, sampaikan aku dah lemas sekarang. diterengganu dengan perhimpunan pas ganti umno, himpunan bersih, himpunan hijau dikedah dan sekarang himpunan oren. aku rasa himpunan terlalu banyak sangat sampaikan aku sendiri dah tak larat nak menghadiri pelbagai himpunan. selepas ini apakah lagi perhimpunan yang akan ada. berhimpun selamatkan malaysia. memang tak salah mengadakan perhimpunan, tapi jika terlalu banyak masa dihabiskan untuk berhimpun aku rasa tenaga kerja unit amal unit kawalan keselamatan akan habis tenaga untuk menghadapi pertempuran yang sebenarnya. kita diambang pertempuran sebenar dan aku cukup cukup risau jika askar askar kita ini sudah letih kehabisan tenaga kehabisan strategi kehabisan bateri. jika kehabisan semuanya bermakna kita tak akan dapat fokus kepada pertempuran sebenarnya iaitu mengambil alih putrajaya. kekuatan yang ada perlu difokuskan kepada satu pertempuran utama. jangan jadi tentera nazi jerman tentera jepun yang diarah berperang seluruh dunia akhirnya maut ditengah jalan kerana keletihan dan diwaktu letih musuh amat mudah mengatur strategi untuk mengalahkan kita.

mungkin selepas perhimpunan oren ini tiada lagi himpunan lain. aku cukup berharap askar askar kita dapat berehat dan mengambil nafas dan juga mengembalikan kekuatan yang semakin lemah dengan himpunan yang bertalu talu. yang menganjurkan himpunan perlu sedar kita berhadapan dengan satu jentera yang cukup kuat walaupun kita ada senjata yang cukup ampuh. usaha usaha terakhir perlu dilakukan dengan segera demi menuju putrajaya. perhimpunan yang ada sudah cukup untuk menimbulkan gerun kepada umno haramjadah. pembahagian kerusi jentera pilihanraya belum cukup bersiap sedia. dimana kah pas bertanding dimana kerusi yang perlu direbut. dimanakah kerusi yang sudah pasti kita ambil balik dari tangan umno. daftar pemilih belum kemaskini sepenuhnya. tiada tindakan kursus untuk membendung kegiatan jahat umno. masih kita seperti biasa. berjumpa dengan spr dan melakukan syor syor. keluar dari pejabat spr, spr buat kenyataan bangang. pemimpin pembangkang pun mengeluarkan kenyataan bangang. beratus kali perjumpaan diadakan dengan spr, tetap sama dan tiada apa apa yang berubah. spr tetap spr iaitu menjalankan kerja kerja memenangkan umno haramjadah. apakah pemimpin pembangkang tidak boleh berfikir untuk mencari jalan lain atau hanya berceramah mengutuk spr.

jalan terbaik perlu dicari selain berinteraksi dengan spr. himpunan bersih masih gagal menjinakkan spr. jangan cakap lah perhimpunan bersih boleh mengugat spr. mesyuarat penting pas pun boleh bocor kepada blogger. bagaimana pas nak menghalang atau mencari strategi untuk menghadapi pilihanraya. kenal pasti kawan atau lawan. biasanya lawan sukar mencari salah kita kecuali yang tidur sebantal dengan kita. lawan kita cukup waspada dengan tindakan mereka kalu kawan apakah kita cukup berwaspada atau berhati hati. bertahun tahun menyokong pas pun belum tentu tidak khianat kepada pas. kita perlu mengembeling tenaga fikiran akal yang bernas bukannya sekaadar malalak dan melolong bersama sama orang lain.cakap saja nak berperang senjata tidak ada, nak berperang tapi takut mati, boleh kah berperang, bercakap ramai yang sanggup turun ke dasar berapa kerat aje. tengok polis masa bersih je berani sebab ramai. polis nak saman dah kecut perut.polis sama speed trap pun dah mengigil sign belum kena soal dalam lookup. jangan samakan kita dengan umno haramjadah. mereka ada segalanya. perkosa pekuda pekambing penbabi semua ada bersama mereka. apa mereka buat semua ada yang menyokong.

Ulasan