Bangangnya pas duk harapkan artis

fenomena artis masuk pas begitu hebat dirasakan oleh orang yang baru dengan pas, bagi aku artis masuk pas ke atau siapa nak masuk pas tak perlu sangat diraikan. selagi tidak diuji dalam ketahanan mental fizikal menahan asakan kebendaan dunia tak akan menjadi. amy search yang dikatakan akan masuk pas akhirnya memilih umno sebab jiwa rocknya tak boleh dipecahkan walaupun dengan apa caranya. akhir hayy yang hebat di atas pentas pas akhirnya memilih mencari haluan bersama umno haramjadah jugak. siapa yang nak masuk pas tak perlu diwar warkan. keikhlasan diri menyertai organisasi yang akan menguji ketahanan semua sekali. ketabahan kesakitan dan segalanya kesusahan akan menimpa mereka. siapa yang menyertai pas kalau setakat hanya nak nama, ambik gambar semasa penyerahan borang bagi aku hanyalah gimik bangang saja. nak masuk pas isi borang hantar ajelah tak perlu ada benda benda mengaruk sebagaimana mengaruknya ngo menuntut royalti, sampai nak kena submit borang nak menyertainya. nak buat apa apa event kena submit dulu kepada ketua, kata pergerakkan rakyat tanpa pemimpin pinjam kata kata bangang penarikbeca.

naib presiden pas salahudin ayub sepatutnya tak galak mengwar warkan artis nak masuk pas, bukan semua artis yang ada mempunyai ramai peminat pun. apakah peminat artis akan pangkah parti yang artis sertai, berapa ramai yang meminati artis yang menjadi ahli umno tapi mereka tetap tidak memangkah umno. begitu jugak dengan pas. pas perlukan senjata lain bukan senjata makan tuan. kalau setakat ning baizura nak masuk pas boleh jalan ajelah. bukan hebat mana pun ning. hari ini ning telah menafikan kemasukan dia ke dalam pas. apakah pas begitu bangang membuat kerja kerja. banyak lagi kerja kerja islam yang boleh dibuat selain mengajak artis masuk pas. kerja kerja lain jugak berfaedah mengajak umat yang bukan islam masuk islam lagi baik. pas menjadi semakin bodoh selepas pemilihan pas ditahun lalu, golongan bangang menguasai pas dan menjadi pas parti bangang. contoh di selangor, ahli pas sendiri menjadi bodoh membiarkan pkr kencing atas kepala pas. perancangan rapi pkr sudah mengena di selangor pas terbiar di arus sendiri. kolid samad dengan penyokong dibodoh dan dibangangkan oleh pkr selangor.

semakin hari nak pilihanraya umum ke 13 semakin bodoh dan bangang pas. siapkan slogan pas ganti umno akhirnya diperlekehkan oleh timbalan presiden sendiri. ketua penerangan pengsan berbuih buih kerana dikutuk oleh mat sabu. selama ini pas akan gantikan umno tapi mat sabu tak sebut pulak takut pas jadi umno. naib presiden dulu berjuang untuk rakyat marhaen akhirnya bila ramai pencacai angkat dia menjadi mb johor dia jadi penakut dan bacul dan akhirnya menjadi seperti tukang umum artis masuk pas. salahudin diam membisu kes nizar diperak. pencacai terus menobatkan salahudin menjadi mb walaupun presiden pas tidak kepada salahudin. pencacai marah kepada presiden kerana tidak mengangkat salahudin menjadi mb johor. mungkin parti baru Asal Bukan UMNO akan didaftar untuk sama sama bertanding dalam pru ke 13. golongan ini direstui oleh mat sabu. hebat kerana beri contoh kesederhanaan, dalam pas tak ada, di luar pas ada. jadi mat sabu akan meletakkan jawatan sebagai timb presiden pas dan menyertai asal bukan umno. dulu janji mat sabu nak memperkasakan majlis syura pas tapi mat sabu jadi bubur assyura kerana mat sabu tidak berbuat demikian tapi sibuk dengan agenda ngo ngo yang menyokongnya.

Ulasan