aku menyembah fuedal????

pengikut tegar fahaman adukatakguna memberi komen kononnya aku menyembah fuedal sebab tidak bersetuju dengan fahaman baru adukatakguna. mendewa dewakan fuedal. hebat komen cipan. dan aku ucapkan terima kasih kepada cipan. bagi aku simple je, dimalaysia sistem fuedal adalah sistem yang berakar umbi dari zaman ais. apakah pendemo menghantar tuntutan kepada mufti 9 yang diilhamkan oleh adukatakguna. apakah sistem adukatakguna lebih baik dari sistem fuedal sekarang atau hanya mengambil alih dari sistem fuedal dan menjadikan sistem adukatakguna lebih bangang kepada manusia. dalam sistem adukatakguna sistem manusia adalah sama dan secara tidak langsung tidak akan ada sistem zakat lagi yang dianjurkan oleh islam. islam tidak menghalang umat dia menjadi kaya bukan menjadi papa kedana miskin hina. islam tidak pernah menyebut bahawa jadilah miskin kerana harta tidak dibawa ke alam akhirat. apakah sistem adukatakguna akan dijadikan ilmu komunis yang baru yang menyediakan prasarana secara sama rata. mana yang berusaha atau tidak akan sama saja. yang malas pun ada tanah yang rajin tidak boleh memiliki lebih darinya kerana kesamaan hak yang dianjurkan oleh kerajaan komunis adukatakguna.

pendemo pendemo bersih pendemo pendemo oren semua berhimpun dengan satu tujuan menghantar memo kepada sistem fuedal. sepatutnya orang sepertti adukatakguna cipan penarikbeca tidak perlu sama sama berarak untuk menghantar memo kepada fuedal. sepatutnya hanya berhimpun dan berarak sambil memekik melolong. mengapa adukatakguna yang mengetuai perarakan R cuba membawa sama fuedal dalam tuntutan royalti kelantan. sepatutnya adukatakguna tidak menggunakan fuedal demi meraih simpati perjuangannya. mengapa adukatakguna masih menggunakan aliran fuedal untuk menuntut royalti kelantan dari kerajaan pusat. berhimpun didepan suk dan meminta rakyat kelantan turun bersama sama. tuntutan royalti adalah berdasarkan tuntutan fuedal juga. kalau nak buang fuedal kena bermula dari sekarang atau hanya menjaja idea bangang selain mengubah dari menyembah sistem fuedal kepada sistem yang lebih bangang dan bodoh yang dilontarkan oleh adukatakguna.  sepatutnya sistem fuedal tidak diheret sama dalam perarakan bodoh yang diketuai oleh adukatakguna yang berlakon kena belasah.

dichina sistem fuedal digantikan dengan fahaman adukatakguna. dasar fuedal diubahsuai dan akhirnya tidak juga diterima oleh rakyat kerana rakyat mula bosan dengan dasar itu. tuntutan mahu membebaskan diri dari sistem komunis mula berkumandang. dasar kesaksamaan dasar samarata mula dipertikaikan. tidak ada yang mampu menerima dasar itu apabila bertembung dengan kemahuaan. yang malas pun boleh hidup yang rajin tidak boleh meneruskan kerajinannya walaupun dia mempunyai seribu kegiatan untuk menjadikannya dia kaya raya. semua harta yang dicari akan dimilik negarakan. dari zaman nabi muhamad atau dizaman nabi sulaiman, memerintah tetap satu dan ada penasihat dikiri kanan tidak ada yang memerintah beramai ramai sebagaimana impian adukatakguna. jika ramai sangat dalam pemerintahan bermakna akan kucar kacir negara kerana bukan mudah untuk bersama pendapat walaupun dalam rumah yang kecil. bagaimana fungsi 9 mufti yang dilantik atau dilantik sesama sendiri aakhirnya akan menerbitkan dengki antara satu sama lain. kalau tidak mahu menyembah feudal mula berhenti berarak atau ada demo bila mahu menyerahkan memo. kalau turut serta sama macam ketam mengajar anak cara jalan betul.

Ulasan

  1. Bhai....

    Hehehe.... Nabi Adam takder mengamalkan sistem Feudal... Nabi Idris pon samer.. Nabi Noh pon samer... Nabi Muhammad tambah lagi lar... tak mengamalkan Feudalisma... jadi.. dalam Islam... takder sistem Feudal... sebabnyer... semua orang aderlah samer disisi Allah.. yang membezakan cuma iman dan amal...

    So... dari mana datangnyer sistem Feudal nih... saper yang ilhamkan... siapa yang memulakan...

    Zaman ais tue ader ker... sebab takder cerita dier dalam Al Quran... yang ada cuma cerita bermula dari Nabi Adam Alaihissalam...

    Tolong aaa... jangan terpengaruh dengan idea dan fahaman yang mengatakan adernyer zaman ais dan zaman batu... sebab takder zaman batu...

    Allah Taala turunkan Nabi Adam A.S dengan sebaik-baik kejadian... lengkap berpakaian dan dengan semua ilmu... mampu membuat peralatan dan sebagainya... lengkap berkasut seperti mana cerita tentang kasut Nabi Idris A.S...

    Hehehe... sila belajar lagi aaa..... pi tanya Hadi Awang tentang benda nih... hahaha .... Tapi tak tau la pulak kalu Hadi Awang jugak penyokong tegar Feudalisma.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  2. Siapa sebenarnya yang kena belajar lagi, jika jahil belajar jangan pakai tembak ajer. Nak tanya satu ajer tentang Raja nih, tidakkah Nabi Sulaiman a.s. dilantik sebagai Raja. Siapa pula yang lantik baginda a.s. sebagai Raja yang memerintah manusia dan jin. Jika Allah s.w.t. yang melantik Nabi Sulaiman a.s. maka siapa sebenarnya yang mengilhamkannya. Jangan pertikaikan jika ianya nyata didalam al-Quran tentang perkara ini dan seperti yang saya kata, jika jahil belajar dan jangan pakai hukum akal semata-mata.

    BalasPadam
  3. Bhai Musafirlalu...

    Err.. bhai.. dalam Islam takder raja la... yang ader cuma Khalifah... Nabi Sulaiman A.S tue aderlah khalifah bagi umat manusia dan jin...

    Memang khalifah dan raja kedua-duanya aderlah pemerintah... cuma dalam Islam ... cuma ujud Khalifah jer...

    Ader beza antara khalifah dengan raja... sebab khalifah orang tak sembah dier... tapi raja-raja orang (terutama orang Melayu) mesti akan sembah dier...

    Wei.. mana boleh sembah manusia... hanya boleh sembah Allah Taala jer....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  4. untuk penyembah adukatakguna cik cipan baru membuka mata semua sejarah baru, khalifah tak sama dengan raja. hebat penyembah adukatakguna. mungkin ini kesan dari kitab karangan ularmamak one G. banyak sangat minum air barbican sampai mabuk x sedar sedar. x pun mabuk oil and gas.. tafsiran berbeza hebat.. aku masih ketawa sebab tulisan hang dulu yang kata hanya ada 1 dalam dunia hanya di malaysia ttg gas boleh baca lah siapa penyembah fuedal atau tidak. beza pd sembah tak sembah aje membezakan khalifah dengan raja rupanya hahhaa.. apa beza sembah dgn tunduk hormat mesti berbeza pd pandangan penyembah fahaman adukatakguna. tak sembah fuedal tapi berarak sama bawak memo serahkan pada fuedal mesti berbeza ni jugak.. kenapa bersusah payah berdemo bersih hanya untuk serah memo kepda fuedal.. serrah pada 9 mufti atau khalifah.. mesti jwb khalifah dan 9 mufti x ada lagi.. nabi sulaiman disebut sebagai raja tak ada pulak quran sebut khalifah.. mungkin quran sudah dipinda tafsirannya oleh penyembah adukatakguna..

    musafirlalu blog hang x boleh dilayarilah ada virus tolong buang link ke pinkturtle yang ada masalah virus.

    BalasPadam
  5. cipan Lu tak baca sejarah raja najashi ke? setelah dia memeluk islam nabi saw tak suruh pon dia turun dari takhta raja. Lu punya akai tak leh nak pikir dah kalu Lu duk puja Lu punya dewa tu..sket lg Lu punya dewa naik ke langit jd ayoh ping guane...hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan