wanted - polis tak nak bagi reward ke???

ucapan nuar berahim dalam majlis gala cukup aku berbulu. bagaimana pemimpin pembangkang boleh mengatakan pembangkang tak marah polis. sedangkan polis yang banyak membantai dan mengadakan pesta pukul siku menyepak menerajang rakyat malaysia yang membayar gaji mereka. mereka tak akan dapat gaji sesen pun kalau rakyat malaysia tak membayar cukai kepada negara ini. apakah pemimpin pembangkang selalu berlembut hati dengan polis. apakah tak cukup lagi polis menyepak dan menerajang tanpa belas kasihan kepada rakyat malaysia. mungkin nuar berahim tak kena menyepak dan belasah sebab tu dia boleh maafkan polis dengan sewenang wenangnya. bagaimana dengan peserta peserta demo bersih boleh ke mereka memaafkan polis yang menyepak mereka tanpa belas kasihan. apakah rakyat malaysia hanya kelas kambing untuk disepak dan diterajang. bodoh dan bangang nuar berahim. betapa bebal dan bangangnya nuar berahim. tak mudah rakyat malaysia memaafkan perbuatan polis.

polis dikatakan di arah oleh umno tapi apakah igp and sekutunya mereka tak ada perasaan kemanusiaan. dimana maruah mereka jika mereka boleh bertindak seperti binatang kepada rakyat malaysia. polis rugi 1.18 juta tapi apakah itu duit mereka. bagaimana mereka menggunakan tear gas , chemical water untuk dihalakan kepada pembayar pembayar cukai dimana mereka mendapat gaji. apakah itu bukan duit rakyat mereka gunakan. bagaimana duit rakyat digunakan untuk mencederakan rakyat pembayar cukai. arahan yang diterima oleh polis tidak perlu dilaksanakan andai kata polis mempunyai perasaan yang lebih kepada manusia biasa. polis suka dan galak membelasah orang kerana ada lesen. sementara ada lesen yang ada dibaju mereka. mereka boleh melakukan apa saja tapi bila dah pencen mula meminta maaf. semudah itu ke boleh dimaafkan. mudah le pukul katak terjang patah riuk masuk spital lepas pencen mintak maaf. senang le hidup polis macam tu.

apabila pencen mula mendekati pembangkang dan mula memohon maaf. saat kematian sudah mula memanggil. apakah cukup dengan meminta maaf. yang kena terajang bertahun menderita kecederaaan. lepas pencen istihar masuk pembangkang dan mintak maaf. sekarang tengah berkuasa boleh buat apa saja. siar muka muka pendemo dan meminta menyerah diri. tak tahu apa masalah tak ada tuduhan tapi disiarkan dalam new paper penjilat umno. suruh je mana mana orang serah diri lepas tu baru fikir nak tuduh apa. tangkapan rambang bermula. dalam kedai kopi pun boleh ditangkap jika polis nak tangkap. apakah arahan diterima jelas. kenapa tak ditangkap semua pendemo kenapa hanya berlaku dalam kedai kopi walaupun arahan mahkamah jelas hanya didataran merdeka. dalam masjid tengah sujud pun leh diangkat masuk black maria.

Ulasan