UMNO terenganu ada 4 calon mb baru

peperangan merebut jawatan mb semakin sengit diterengganu. mat said akan dihantar menjadi penjaga zoo dibukit tekal dengan tawaran yang menarik. mat said akan ajak 4 calon mb baru umno bergocoh lepas ni di arena zoo bukit takal. umno terengganu akan melihat perpecahan makin teruk selepas kejatuhan deris natang. pelbagai usaha deris natang lakukan agar mat said bengong jatuh dari kerusi mb. selama 4 tahun mat said masih lagi selamat dengan pertolongan orang ghaib. dan jangka hayat mat said menjadi mb pun semakin singkat. mat said dah mula meroyan meracau dan merapu rapu. jalan terakhir bagi mat said adalah menggelarkan pas. seluruh daerah terengganu dijelajahi dengan suara suara mat said. bukan setakat pas tak layan dah mat said tetapi puak puak umno negeri terengganu makin hebat bersuara untuk menggulingkan pemerintahan mat said yang dianggap lebih bengong dari deris natang. pelbagai upacara telah dilakukan oleh mat said untuk memastikan dia selamat dari digulingkan. pelbagai utusan dikirim untuk menyelamatkan survival politiknya.

rakyat terengganu menggandaikan andaikata umno tumbang bermakna ada mb baru yang akan dilantik dan walaupun umno menang mb tetap yang baru. keupayaan mat said memerintah zoo lebih menyerlah daripada memerintah negeri. tiada hala tuju selain pemborosan duit rakyat terengganu. perbelanjaan luar kawal sampai 2b setahun perbelanjaan belum cukup untuk mat said habiskan. seolah olah mat said berjudi diatas papan judi. habis cari lagi mana khazanah yang boleh beliau tebas punggah angkut. mat said sibuk dengan mencatur semua gerakan dan berhadapan dengan 4 lagi mb baru yang juga sibuk mencatur gerakan bagi memastikan mat said tumbang di kijal. monumen bandar textiles adalah monumen terakhir untuk mat said ingati kekalahan dia. 2 mb dari kemaman telah memastikan kemaman lebih maju dari kuala terengganu sendiri. pelbagai projek dipunggah ditebarkan dikemaman dan dibiarkan kuala terengganu gelap gelita. apakah selepas ini mb akan dari kemaman atau daerah lain pula. dizaman deris natang, besut dibangunkan dan ada ura ura jika maharaja deris natang berkuasa lagi paip gas akan dipindahkan ke besut.

Ulasan