penipuan spr dalam pru ke 13

apakah pakatan rakyat sudah bersiap sedia untuk menawan putrajaya dalam keadaan umno yang boleh memusingkan kemenangan dengan mudah. apakah sekadar melalak melolong bersih bersih bersih. sampai jamal pak tongkol saudagar unta pun mengambil kesempatan untuk memastikan sekinchan ikan bakar boleh bernafas lagi. setakat mana usaha usaha kita untuk memastikan semua daftar pemilih sudah bersih. atau memikirkan bagaimanakah penipuan boleh berlaku dalam masa yang sama. apakah kita berfikir bagaimana nak mengenal pasti keadaan pemilih yang sudah mengundi kali pertama dan mengundi lagi. apakah dengan menggunakan dakwat kekal kita sudah boleh memastikan pengundi dua kali akan terbebas dengan sendirinya. apakah daftar yang dicetak yang dicdkan adalah bebas dari pengundi hantu haramjadah. apakah hantu hantu pengundi ini akan dapat dikesan oleh system pkr yang canggih manggih. apakah kita hanya berharap agar dapat dikenal pasti pengundi hantu yang dikatakan mengundi bagi pihak untuk memastikan umno menang dikawasan yang pasti mereka menang.

apakah pembangkang dapat memastikan pengundi dikuala terengganu tidak digunakan dikota bharu? di kawasan hulu terengganu tidak digunakan untuk mengundi di kuala krai? apakah pengundi setan tidak boleh mengundi di kedua dua tempat dalam masa pengundian berlangsung? apakah pembangkang lupa bagaimana masa pengundian diselangor dipanjang lebih dari 2 jam? apakah kita ada jalan tersendiri untuk membendung penipuan begini? atau sekadar bernyanyi riang gembira bersih bersih bersih. atau kita boleh jemput caberator dung untuk menungging bersama sama askar pencen yang bangang? siapa yang boleh memastikan pengundi setan ini tidak lagi boleh menggunakan dengan menggunakan ic yang sama untuk mengundi dikedua dua tempat?  apakah kita mampu menahan pengundi pengundi yang boleh memenangkan umno? apakah senjata ampuh untuk menahan asakan asakan ini? atau hanya kita syok tidur dalam selimut? bermimpi indah untuk menawan putrajaya atau bermimpi indah menjadi mb di 4 negeri baru?

Ulasan