parti baru IKATAN

parti baru akan ditubuhkan apakah parti ini hanya untuk orang orang malu malu alah untuk menyertai parti pembangkang yang sedia ada. jangan jadi macam parti KITA sudahlah. baru nak hidup dah mati, baru nak mati dihidupkan balik. kalau parti yang ditubuhkan mengambil kira orang yang keluar umno tak akan kemana punya. ikatan akan cepat longgar. bagaimana parti 46 kiok tanpa nesan. pemimpin lari balik ke dalam umno sebab tak tahan tiada kesenangan, tiada kemewahan, tiada kuasa tiada wanita cantik tiada apa yang boleh diberikan oleh parti. andaikata umno mampus kiok dalam pru ke 13 ini pasti ramai pemimpinnya akan istiharkan keluar dari umno. umno akan mampus tanpa kubur. semua orang umno akan menyumpah umno. apakah kadir boleh membawa arus baru dalam politik tanah air. apakah kadir akan tinggalkan ikatan setelah ikatan terlondeh nanti sebagaimana parti kita yang ditinggal tanpa sebarang nesan sebagai penanda.

ikatan mungkin platform bagi jeneral jeneral pencen umno atau umno yang malu nak menyertai parti lain dalam pembangkang. bekas jeneral umno yang sudah kehilangan taring atau yang sudah tiada tentera yang sanggup berjuang dan mati bersama. para askar meninggalkan jeneral pencen umno kerana sudah tidak berguna jeneral yang ada. tiada boleh memberi peluang perniagaan atau memberikan keuntungan kepada mereka. sejarah membuktikan bekas pemimpin umno hilang tanpa kesan kerana tiada perhargaan yang mereka dapat selepas turun dari takhta kekuasaan. jkkk pun sanggup meludah para jeneral jeneral pencen yang tiada lagi kuasa. tiada lagi kebendaan yang boleh membeli mereka. sejauh mana ikatan akan bersama pakatan rakyat masa akan menentukan semuanya. apakah kadir mampu menahan asakan arus deras kewangan? atau kadir akan dibeli secara pukal untuk kembali kepada umno?

Ulasan