mb baru terengganu selepas pru ke 13

mat said telah mengukuhkan kedudukannya sebagai ketua badan perhubungan umno terengganu dengan meletakkan calon calon yang tunduk dan patuh kepadanya. sembang politik umno semakin galak berbincang siapa calon mb selepas mat said. bahagian kemaman akan mencalonkan shabery chik sebagai mb baru terengganu jika andainya uuumno masih lagi berjaya menang dalam pru ke 13 ini. mat said akan dihantar ke bahagian parlimen kemaman dan akan dilantik menjadi menteri kabinet samada menjadi menteri dijabatan perdana menteri atau menjadi timbalan menteri. sejarah membuktikan bahawa pemimpin umno terengganu tidak layak menjadi menteri kanan di peringkat pusat. amalan bangang umno malaysia yang terus menganaktirikan terengganu terus berlangsung sampai sekarang. dimana maruah pemimpin umno terengganu yang masih belum diiktiraf sebagai menteri kanan. menteri cikai dan cap ayam hanya layak untuk orang umno terengganu.

dibahagian kuala nerus, anak menteri besar terengganu yang lalu begitu kuat melobi untuk menjadi mb trg yang baru. tapi persoalannya dimanakah nasir akan bertanding kali ini, apakah mahu bertanding dikawasan seberang takir yang menjadi kubu selamat untuk umno setiap kali pilihanraya berlangsung. mempunyai 2 kem askar dan mempunyai 4000 undi pos sudah memastikan umno boleh tidur lena jika sesiapa yang bertanding dikawasan ini. apakah razif akan melepaskan dun selamat ini kepada nasir atau nasir hanya bermimpi disiang hari saja. razif pun menyimpan impian menjadi mb terengganu. pertempuran sengit akan terus berlangsung dalam kem umno terengganu merebut tempat lubuk emas.

deris natang dibesut masih lagi menyimpan hasrat meneruskan cita cita menjadi mb terengganu walaupun impian dia semakin kabur kerana kejahatan deris dan juga halangan dari pihak berkuasa darinya. pihak tertentu terus menerus akan bertempur sesama sendiri merebut lubuk kekayaan jika siapa menang. mat said boleh bertugas seperti biasa menjadi penjaga zoo jika kalah atau dihantar bertanding diparlimen. dengan keupayaan melebur duit rakyat  sebanyak 100 juta ke dalam zoo mat said akan meneruskan operasi zoonya selepas ini walaupun tidak lagi menjadi mb terengganu.

persoalan sekarang apakah pemimpin umno bahagian kuala terengganu tidak ada yang layak menerajui negeri terengganu. selepas kemaman pergi ke besut selepas itu kembali ke kemaman balik. apakah marang dan kuala terengganu hanya pencacai pengangkat najis saja. sampai bila umno 2 kawasan ini akan menjadi pengikut bukan penerajui. zaman tar dulu dari kemaman terus membangunkan kemaman, korner aliran tangki minyak ke kemaman bukannya mendarat di besut. dizaman deris natang ada ura ura nak mengalihkan projek minyak ke besut tapi tak sempat kerana dynasty deris dimusnah dengan cepat kalau tidak pasti wisma darul iman akan berpindah ke besut.

Ulasan