jpn sahkan pengundi setan

JPN sudah mengesahkan sebanyak 40,558 pengundi yang diragui oleh pembangkang. ini bermakna dalam pilihanraya ke 13 ini pengundi setan setan ini akan dapat mengundi dengan baik tanpa perlu takut lagi kerana status mereka sudah disahkan oleh jpn. sebanyak 40588 pengundi ini dijangka akan mengundi umno dan barisan nasional. umno dan barisan nasional tak perlu bersusah payah untuk meraih undi yang akan diletak dalam peti undi. jika pengundi ini dimasukkan dalam satu negeri ini bermakna ada kerajaan negeri akan tumbang. jpn dan spr sudah memastikan bahawa umno akan terus menerajui kepimpinan putrajaya. pembangkang boleh melupakan hasrat untuk menawan putrajaya. keupayaan umno mendapatkan undi undi setan ini amatlah tinggi sebab pembangkang tidak mengetahui secara jelas dimana pengundi pengundi setan ini akan diletakkan. pembangkang masih lagi berteriak terpekik melolong untuk menawan putrajaya. tiada tindakan drastik yang dilakukan. apakah hanya dengan bergantung dengan demo bersih. apakah peserta peserta demo bersih telah melakukan pendaftaran selaku pemilih atau tidak.

dengan pengesahan jpn ini, pengundi ini boleh mengundi dimana mana saja. dari segi legal ia tetap legal, pembangkang akan terus berputih mata jika tidak melakukan sesuatu. jika seribu pengundi ini dimasukkan ke dalam satu parlimen bermakna 40 parlimen pembangkang akan tumbang. dan umno boleh mendapat kembali majoriti. dan jika 40 dun dimasukkan banyak negeri yang diperintah pembangkang akan kiok dengan mudah. banyak kerajaan negeri boleh bernyanyi dengan riang. tidak perlu bertungkus lumus untuk menang. penipuan licik, strategi celaka pasti akan membuat umno mudah menang. pembangkang boleh lupakan saja pru ke 13 ini. semakan bantahan dan tuntutan pemilih amat amat lesu sekali. jentera masih tidur dengan lena. mood pilihanraya dah berkumandang cuma yang hebat pemasangan bendera parti yang lain masih sejuk beku.

Ulasan