HARAM JADAH - AWAS perangkap media sosial

media sosial digunakan oleh umno untuk memerangkap rakyat malaysia. banyak benda yang dikatakan bocor oleh rakyat malaysia adalah perangkap media yang dimainkan oleh umno disaat mereka nak menang pilihanraya ke 13.  bnyak komen dari facebook, tweeter, blog dan juga media sosial lain yang memastikan pakatan pembangkang menjadi terlampau sibuk menjelang pru ke 13. bermacam macam isu yang cuba dimainkan oleh media sosial umno yang bertugas dan dibayar untuk memastikan media sosial juga mampu menahan kebangkitan rakyat malaysia. jangan ingat hanya kebangkitan rakyat boleh dicetuskan oleh media sosial. kesengetan media sosial juga boleh berlaku. kerajaan juga boleh membodohkan rakyat dengan menggunakan media sosial. banyak benda semakin galak digunakan oleh kerajaan untuk terus membodoh dan mebangangkan rakyat malaysia. jangan biarkan kita terus hanyut dengan permainan kerajaan umno dalam laman sosial.

aku melihat bagaimana isu bersih dimainkan oleh haramjadah umno dan polis.banyak facebook polis digunakan kononnya sebagai bukti kekejaman polis dan sb sb yang bertindak. apa yang aku nampak sb sb polis, umno agen rahsia dan provokasi dilancarkan dalam laman laman popular. mereka dengan sengaja menulis apa apa yang menjadi kesukaan pembangkang. tanpa disedari umno haram jadah memerangkap kita. apakah umno begitu bodoh membiarkan setiausaha umno membocorkan rahsia mereka. apakah setiausaha umno sengaja menabur pasir dalam periuk nasik mereka? tulis tulisan polis di dinding facebook jelas menunjukkan kita hanya dipermainkan oleh laman sosial umno. apakah mereka sebodoh itu akan menulis rahsia mereka kecuali ada tujuan yang boleh digunakan kembali kepada pembangkang.

aku mula menilai kembali berita berita celaka yang sengaja disebarkan oleh media sosial. jangan jadi pak lawak diakhir akhir ini. ada rahsia sebalik penyebaran komen komen di dinding facebook laman media sosial umno. pembangkang jangan terjerat dengan permainan umno bangang. kecekapan media umno mengumpan pembangkang untuk terus diterjerat dan boleh disembelih dengan mudah. perancangan yang teliti telah dibuat untuk bersih 3.0. kesilapan mudah pembangkang akan digunakan dengan sebaik baiknya oleh umno dan penyokong penyokongnya. mereka menggunakan semua benda yang ada untuk memastikan mereka kekal berkuasa selepas pru ke 13. rancangan jahat mereka sudah berada dalam tahap siap siaga untuk dilancarkan. suasana perang sudah bermula, pelbagai spekulasi telah dibuat. apakah pembubaran parlimen akan berlaku sebagaimana bodohnya paklah dulu?

Ulasan