fatwa polis terajang orang ?

majlis fatwa kebangsaan sepatutnya membincangkan sekali fatwa apakah dibenarkan polis memukul, menerajang dan menyepak peserta demo bersih. apakah para mufti dan bijak pandai hukum hakam ugama islam yang bersidang tidak boleh mengeluarkan fatwa sekali dengan fatwa yang baru diluluskan. apakah jawatankuasa fatwa tidak boleh memutuskan harus sunat atau berpahala polis menerajang menyepak memaki hamun  kepada rakyat malaysia. kalau tidak berani mengeluarkan fatwa haram polis memukul dan mencaci para rakyat malaysia yang berhimpun. apakah jawatankuasa fatwa hanyalah burung tiung yang diajar untuk bercakap bagi pihak orang lain yang bukan ahli dalam bidang hukum agama islam. majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan sekali fatwa polis yng berlaku kejam dan zalim kepada rakyat malaysia. apakah majlis fatwa membisu bagai orang bisu. atau demi menjaga periuk nasik masing masing, majlis fatwa boleh bersengkokol dengan kezaliman yang didepan mata mereka. mungkin tiada lagi sanak saudara mereka yang terkena bom asap, teargas atau sepak terajang maki hamun pihak polis kepada mereka, maka mereka boleh berlapang dada. tanya kadir sheikh fadzir yang baru sama sama menelan air kimia, sama sama merasa bom asap dan tear gas. bagaimana perasaanya bila sama sama kena barulah dia mengerti kesakitan dan kesusahan rakyat malaysia.

majlis fatwa jangan jadi bangang sebagaimana bangangnya orang lain. dengan memiliki ilmu yang tinggi dalam bidang masing masing mereka masih sanggup menjadi kaldai yang membawa bebanan tanpa perlu tahu apa bebanan itu. kalau disuruh melakukan fatwa yang bercanggah sama sekali dengan hukum islam pasti mereka sanggup kerana pelbagai ayat alquran akan digunakan bagi memastikan fatwa mereka tidak nampak salah. selagi masih diperlukan oleh kerajaan umno selagi itulah jawatankuasa akan menikmati habuan yang tidak terbatas. selepas pencen atau tidak diperlukan lagi bermakna mereka akan menjadi pelapik atau kain buruk. masa ini sesal sudah tidak berguna. mungkin akan turun sama sama berdemo minum air kimia dan merasakan kepedihan tear gas. sebelum nyawa dihalkum mereka akan memutuskan apa saja demi survival mereka. apakah bersengkokol dengan kezaliman akan menyebabkan mereka akan terlepas dari azab neraka. didunia fatwa boleh diberikan apa saja mengikut kehendak pemerintah zalim. jika didunia tak dapat keadilan tunggu dimahkamah akhirat. kita akan dakwa majlis fatwa kebangsaan kerana fatwa mereka.

Ulasan