bersih selepas bersih

tiada tindakan pun dari pendemo yang kena belasah dengan polis untuk membersihkan data data pemilih yang semakin songsang. pulapol baru di rantau abang akan memudahkan kemenangan dun rantau abang dengan mudah. benar cakap zahid hamidi yang akan mendirikan beribu ribu lagi pasukan polis walaupun anggotanya tidak wujud langsung. polis halimunan dan tentera invisible akan diwujudkan tanpa bantahan dari pihak pembangkang. jika andaikata diseluruh dun dan parlimen diwujudkan pengkalan invisible bermakna barisan nasional akan menang dengan mudah sekali. benar kata tok jib, kita akan pertahankan putrajaya hingga titisan darah terakhir. catatan terakhir najib perlu diambil kira. bukan semudah a b c umno nak lepaskan putrajaya. pembangkang perlu step forward dengan segera, strategi perlu dirangka bukannya melalak melolong membodohkan diri melayan perangai umno dan blogger blogger bengong mereka. tindakan perlu cepat dan tepat. hapuskan semua keraguaan dengan cepat bukan membiarkan isu isu melanda dan memusnahkan sedikit demi sedikit.

senjata utama umno untuk mempertahankan putrajaya adalah mudah. wujudkan sebanyak mungkin pengundi yang akan memangkah untuk umno and the geng. bagaimana dan caranya sudah disiapkan. cuma waktu dan ketika yang sesuai saja pasti sudah dalam perancangan. yang pasti pembangkang sudah bersiap sedia menghadapi fenomena ini atau masih terus tidur dengan gaya hebat. tiada tindakan hanyalah melakukan kerja kerja rutin sebagaimana biasa. tidak ada strategi untuk mengerah segala kudrat iradat untuk bersaing dengan umno. apakah mimpi ngeri pembangkang akan bermula. kekuatan pembangkang sekarang dikira hebat namun apakah akan diterjemahkan ke dalam peti undi atau hanyalah mimpi di pagi hari. cakap cakap berdengung diseluruh negara apakah pengundi bersedia untuk mengubah apa yang ada sekarang atau meneruskan legasi rasuah korupsi sepanjang zaman. hebat pembangkang boleh mengerah mengadakan demo tapi lemah bila berlaku pilihanraya. tiada tenaga yang ada nak digunakan sekadar menggunakan kuda tua yang hampir mampus. yang tiada nafas lagi. apakah ini yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya yang akan menjelang.

Ulasan