14 hari masa untuk membersih

setelah tamat operasi demo bersih, sekarang masa untuk membersihkan data data pemilih yang meragukan dari buku daftar pemilih yang baru dipamirkan oleh SPR. mana mana pertugas atau peserta demo bersih boleh mengambil bahagian dalam operasi kali ini. ayuh gerakkan tenaga yang ada untuk membersih bukan setakat melalak dan melolong  semasa demo sahaja. bukan setakat bawak kamera kehulu ke hilir untuk memastikan data pemilih bersih. apakah kekuatan yang ada dalam melawan polis tidak dapat kita terjemahkan pada data pemilih yang akan digunakan untuk pilihanraya umum ke 13 yang akan datang. hampir 300 ribu daftar pemilih baru akan dimasukkan ke dalam buku daftar pemilih baru dan pertukaran alamat sebanyak 100 ribu lebih. apakah dengan hanya melalak dan melolong kerana kepedihan teargas dan sakit kerongkong minum air asid dapat membersihkan data pemilih dari kekotoran tangan umno dan spr. jangan biarkan umno tersengih bagai beruk dapat bunga kali ini. gembelingkan tenaga yang ada semasa bersih untuk kita buktikan bahawa kita mahukan data pemilih yang benar benar bersih.

jangan hanya pandai bercakap nak membersihkan data pemilih yang tidak bersih tanpa melakukan apa apa kerja selain berdemo dijalanraya. selepas berdemo inilah kerja dan perang yang sebenarnya. berapa ramai yang sanggup berjuang seperti ini atau hanya pandai bercakap bagai buruk burung belatuk. bagai burung tiung yang diajar bercakap. masa hanya ada 13 hari saja lagi untuk kita pastikan ada yang tidak berhak masuk ke dalam daftar pemilih dikeluarkan. buku daftar pemilih akan dipamirkandiPejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).

setiap pembantah hanya boleh membantah sebanyak 20 orang saja dan dikenakan bayaran sebanyak rm10 setiap satu kepala yang dibantah. kalau semakin banyak bantahan semakin banyak duit akan mengalir masuk ke account kerajaan umno. untuk memastikan data pemilih bersih pastikan semua yang masuk kali ini benar benar bersih. kalau 100k pertugas diseluruh negara aku yakin dan pasti data kali ini lebih bersih. kalau nak buat bersih 4.88 pun boleh. tapi kalau setakat kena terajang dengan polis dimaki polis kerja tak jalan jugak nak buat apa. data pemilih tinggal kenangan. yang patut didulukan adalah kerja kerja membersihkan data pemilih bukannya sekadar bergambar berarak dan bertempik sorak. makan bom asap minum air asid.

Ulasan