tibai ke menibai

mursyidul am tibai telah melantik 20 ahli majlis syura. musyidul am tibai zahid mat arip yang sudah tibai beberapa juta duit mulakan kempen baru selepas duit lama dah habis. jalan terbaru untuk mendapat sumber kewangan adalah dengan menubuhkan beberapa lagi kelab persatuan ngo atau apa saja yang boleh menarik sumber kewangan ke dalam poketnya ditubuhkan. tibai akan dirasmikan oleh berahim ali yang akan kena tibai tak lama lagi. papagomobabi dan sekutunya mula mencanang blog tibai. duit sumbangan dah mula memasuki akaun atau tabung tibai. buatlah apa saja ngo persatuan pasti akan mendapat sumbangan menjelang pru ke 13. kasihan pencacai dan penjilat penjilat sudah kehabisan sumber dana untuk meneruskan hidup terpaksa menjadi anjing dan menyalak dengan kuat agar suara salakan dapat menjatuhkan duit dari atas langit. demi kelangsungan hidup terpaksa menjadi anjing anjing untuk umno bagi melumpuhkan pembangkang.

bagaimana mursyidul am tibai boleh berkata menggunakan duit sendiri padahal dalam pru prk yang lalu tanpa duit mereka tak datang berceramah. zahid mat arip pun seperti kereta buruk tanpa enjin bila duit tak datang untuk membayar dia berceramah. upacara menibai duit dari umno telah digerakkan seluruh negara sekarang. sesiapa pun boleh menubuhkan apa saja persatuan dan akan diberi wang yang banyak untuk memastikan penubuhannya sesuai dengan kehendak umno. semakin banyak agenda diketengah semakin banyak wang akan masuk ke poket ketua pertubuhan itu. segala agenda membunuh pembangkang akan dibayar. kalau tibai ditubuhkan selepas pilihanraya tak ada sekurap sen akan masuk ke dalam poket mereka. dengan cara menubuhkan persatuan seperti tibai, wang akan mengalir masuk ke mulut mulut yang sudah lama lapor dan dahaga.

bagaimana bangang mursyidul am tibai mengatakan bahawa mereka tiada borang keahlian dan ini bermakna persatuan mereka adalah persatuan haram dan akan bergerak secara haram. jika penubuhan tibai haram bermakna semua benda yang mereka lakukan akan bercanggah dengan undang undang malaysia. dan yang pasti mereka boleh berbuat apa saja demi memastikan umno terus berkuasa. tibai ditubuhkan hanya bersifat untuk menarik wang sebanyak mungkin ke dalam akaun masing masing. jika tidak berjaya akan ditubuhkan pula persatuan lain pula memastikan ada duit menjadi habuan kepada mereka. semoga tibai tak kena tibai dengan umno sendiri sebab ramai yang sudah lapor dan papa kedana sekarang. tibai jangan merasa mereka akan dapat habuan kerana ramai yang sudah bersiap sedia untuk mengaut sebanyak mungkin menjelang pru ke 13 ini.

Ulasan