selepas bersih daftar pemilih makin bersih???

hampir setengah pemilih baru dikesan diselangor, banyak pemilih dikesan dipindahkan masuk ke negeri selangor. yg pasti umno dah boleh berkira kira nak meletakan siapa menjadi mb menggantikan mb pakatan rakyat dan exco exconya. hampir 10 ribu pengundi di terengganu dah masuk ke selangor balik. suasana yang sama sudah wujud diselangor. bagaimana deris natang menggunakan strategi yang sama dalam masa pru yg semakin hampir. dalam keadaan pru yg semakin hampir, bersih digerakkan dan gerakkan membersihkan pakatan berlangsung dengan lajunya tanpa disedari oleh pihak pembangkang. pembangkang hanya tahu melalak dan melolong dipentas ceramah dan bersiap sedia ke jalan raya. pakatan rakyat bersiap sedia ke jalan raya umno dan barisan bersiap sedia mengambil alih negeri dengan mudah kerana pakatan rakyat letih dengan strategi yang karut maruk. kekuatan yang ada pada pakatan rakyat tidak digunakan sepenuhnya hanya digunakan untuk kerja kerja karut dan tidak ada strategi yang boleh untuk menumbangkan regim umno.

sepatutnya pakatan rakyat berfikir bagaimana nak membuktikan bahawa ada warga asing yang diberikan kad pengenalan, bagaimana pengundi luar boleh mengundi di tempat mengundi lain. bagaimana nak menangani pemilih pemilih yang disangsikan. bukannya berdemo di jalan raya. sampai malam ini pakatan rakyat masih gagal membuktikan bahawa ada warga asing yang diberikan kad pengenalan. bagaimana nak buktikan ada mangkuk yang mengundi dua kali. ini adalah contoh kerja kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pembangkang bukan membodohkan diri berdemo. bersih 2.0 dah ditolak dan tak akan diluluskan dalam persidangan jika parlimen dibubarkan. jadi dimana relevannya bersih. usaha usaha untuk menangkap pengundi bangla indon zimbabwe afrika selatan philipina yang diberi kad pengenalan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

spr dah menjadikan dirinya sendiri sebagai lembu kenyang. lembu yang dibela diberi makan secukupnya. cukup untuk memastikan umno menang bergaya. jika pihak pembangkang cukup tenaga pasti kita boleh membuktikan ada pengundi bukan rakyat malaysia yang mengundi. pastikan semua proses pilihanraya berjalan mengikut undang undang yang ditetapkan oleh kerajaan malaysia. dimana proses ini pembangkang membiarkan lompang dan banyak kawasan kosong yang boleh digunakan oleh umno dan spr dengan baik. tenaga kerja untuk proses pengundian tidak mencukupi dan sentiasa kalah dengan umno yang mempunyai jentera kerajaan dengan mereka. jika nak menentang mereka dengan keupayaan terhad kita tak akan menang sebab mereka sudah ketahui dimana kelemahan kita. jika organisasi pembangkang tersusun dengan baik dalam proses pilihanraya pasti pembangkang boleh membuktikan apa yang mereka cakap selama ini. hadapi pilhanraya dengan bijak bukan bodoh. kesalahan yang sama berulang ulang berlaku sebab tidak cukup tenaga dan kakitangan yang bertugas. seorang bertugas memikul 10 beban tugas sampaikan tertido dalam bilik mengundi. inilah realiti pilihanraya malaysia. yang bercakap lebih ramai dari buat kerja. yang melolong dalam blog lebih ramai dari yang bekerja.

Ulasan