selamatkah selangor dari umno??

perpindahan pemilih berlaku dengan pesat sekali. kerja kerja pengubahsuaian pemilih akan memudahkan umno menawan selangor dengan cara paling selamat dan senyap. pakatan rakyat selangor akan tinggal nama sebagaimana biasa dan ini akan berlaku jika pakatan rakyat terus tidur dengan nyenyak dan lena. sombong dan ego adalah teras utama pemimpin pakatan rakyat di selangor. masih yakin mereka akan mengekalkan kekuasaan mereka selepas pru ke 13 ini. yang akan terjadi umno akan menawan kembali selangor dengan mudah tanpa perlu bersusah payah pun. dengan meminda dan mengubahsuai dengan cara legal pakatan rakyat akan tumbang dengan baik sekali. sebelum ini berlaku selangor dibawah khalid berahim perlu menyenggerakan apa saja projek atau apa saja benda yang boleh disumbangkan kepada rakyat selangor.

jangan duk bercerita nak menawan putrajaya jika selangor tumbang. pertahankan apa yang ada lagi baik. sebelum bercerita tentang putrajaya. hampir seribu pengundi dari kawasan kuala terengganu sudah hilang dari daftar undi pemilih yang akan datang. kemanakah pengundi ini lesap semenjak setahun dua ini. apakah sudah dikembalikan kepada selangor atau negeri negeri lain. perpindahan pengundi berlaku dengan aman dan damai kerana pihak pakatan rakyat tiada masa untuk menilai daftar pemilih dan banyak masa melalak dan melolong dengan bersih. sekadar menyebut bagi menyedapkan cerita, daftar pemilih ibu segala penyelewengan umno untuk menawan dan membersihkan pembangkang dari dalam peta pemerintahan malaysia. siang malam duk melolong tentang bersih. penulis blog dah menyiap berita yang akan keluar beserta dengan camera untuk memastikan demo ini berlaku dan di siarkan dalam blog.

pakatan rakyat tiada usaha pun untuk memastikan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pru ke 13 nanti adalah yang boleh memenangkan pakatan rakyat. tenaga kerja yang menjalankan kerja kerja ini tidak mencukupi. dengan segala kesusahan dan kepayahan. dengan kekurangan sumber wang bagaimanakah petugas petugas dapat melaksanakan kerja kerja dengan lebih efisien dan berkesan. yang ramai sibuk berdemo tapi yang melakukan kerja kerja pembersihan daftar pemilih adalah sekor dua untuk parlimen. pakatan rakyat sepatutnya mengerahkan semua jentera membantu proses pendaftaran pemilih bukannya setakat bercakap dalam ceramah bercakap dalam blog. tapi memberikan strategi baru. apakah nuar berahim bersama umno dulu tidak mengetahui kegiatan ini. apakah peranan nuar berahim jika tak mampu menghadapi strategi ini. kala setakat ceramah 20 ribu yang datang belum tentu pakatan rakyat akan menang. setiap saat dan minit umno berusaha menambah pengundi untuk memastikan mereka menang dengan bergaya. kerahkan semua tenaga untuk memastikan daftar pemilih lebih bersih dari demo bersih.

Ulasan