sejauh mana spr akan bersih selepas bersih??

aku tidak nampak keperluan bersih 3 4 5 6 7 8 9 diadakan. bersih tidak mampu berbuat apa apa yang boleh memenangkan pakatan rakyat. selagi penipuan yang licik dijalankan oleh umno dan spr bermakna pihak bersih akan dibersihkan. segala tuntuntan bersih apakah dihiraukan oleh umno dan spr atau menjadi bahan bahan gurauan atau bahan tong sampah. aku tidak nampak kebijaksanaan pakatan rakyat dalam demo bersih selama ini. bagi aku ia membazirkan dari segi tenaga kerja. yang paling ramai hadir demo adalah peserta pas yang mana yang sudah banyak kerja kerja pilihanraya yang akan diadakan. kudrat peserta peserta bersih ini sepatutnya digunakan untuk jentera pilihanraya bukan nya mengadakan demo yang tidak langsung memberikan manafaat kepada parti pembangkang.

umno dan spr dah menipu dari dulu kini dan selamanya. dulu umno menggunakan orang yang meninggal dunia atau mati untuk mengundi bagi pihak untuk mengundi umno. sampai saat ini pihak pakatan rakyat gagal mengemukakan bukti bahawa kes ic orang mati digunakan untuk mengundi umno. mengundi dua kali bagi orang yang sama. masih belum dibuktikan sampai saat ini. tuntutan bersih untuk membersihkan daftar pemilih sampai sekarang tidak dipedulikan oleh spr. sampai hari ini daftar pemilih mengandungi nama nama baghal yang boleh mengundi dalam pru ke 13 nanti. apakah dengan bersih pakatan rakyat rasa umno boleh tunduk dengan tuntutan atau menjadi bahan lawak.

spr dan umno sudah bersiap sedia untuk mengemundi pilihanraya ke 13 dengan cara mereka. mereka sudah memastikan mereka akan menang walaupun dengan apa cara sekalipun. pakai le dakwat kekal selama lama pun umno dan jumpa cara untuk hilangkan kesan dakwat itu tanpa perlu bersusah payah sedikit pun. daftar pemilih baru sudah disiapkan dengan apa jua sekalipun dan sesiapa yg ada ic akan boleh mengundi hatta mat kemboja, mat uganda mat afrika selatan sekalipun. apakah bersih mahu juga dilakukan. apakah pakatan rakyat cukup tenaga untuk menghadapi pru kali ini. atau hanya sekadar omongan kosong. atau hanya mendengar keluhan dan strategi blog blog yg hanya tahu menulis bukannya terjun ke dalam alam realiti pilihanraya.

apakah peristiwa menahan bus akan terus berlangsung dan mendapat cacian dan makian dari blog blog bengong. cara kasar sebagaimana taliban rhusila menahan bas pelancong politik yang dikatakan oleh blog. apakah dengan cara berdemo bersih spr akan bersih atau pakatan rakyat akan dibersihkan sebagaimana biasa. apakah ada strategi baru yang boleh digunakan oleh pakatan rakyat atau sebagaimana biasa ungkapan kita tunggu saat akhir nak di beri serangan balas. sampai hari mengundi tiada serangan balas tapi pihak pembangkang yang terpaksa menahan serangan dari umno akibat kebodohan pemimpin pembangkang.

Ulasan