sampai bila nk bersabar??

aku dari dulu tak berkenan dengan cara bersabar puak puak pendemo ni menghadapi samseng samseng umno. apakah kita ni hanya layak menjadi belanga ludahan mereka saja ke. apakah kita mahu terus menerus bersabar dengan karenah mangkuk mangkuk ini. apakah tiada cara untuk kita mengajar samseng samseng umno. peristiwa terbaru didataran merdeka membuktikan kita hanya tahu bersabar. polis tidak mengambil tindakan pun apa jua provokasi mereka buat atau mereka adalah sb sb polis yang telah dibayar untuk menghuruharakan suasana. mereka boleh beraja dimata dan bersultan dihati. apakah tunggu sampai ada lagi yang akan mampus kerana aktiviti ini. apa salahnya kita membalas sekali sekala. kita tengok sejauh mana polis nak bertindak jika kita membalasnya.

pemimpin suruh bersabar sabar. sampai bila nak bersabar. sepatutnya pemimpin dah buat cara lain  bukan suruh bersabar aje. hidup ke kita dengan bersabar. pekida pakida perkasa semua dah main kasar. tak akan kita nak berdiam diri saja. manusia ada had kesabarannya. berdemo dan menerima terjahan keras dari polis fru bukan sesuatu yang menarik untuk diceritakan dalam blog. sebanyak mana makan asap minum asid bukanlah jalan terbaik untuk menghadapi politik dimalaysia lagi. jalan lain perlu difikirkan untuk memastikan keselamatan pendemo pendemo bukan hanya mengarahkan unit amal yang kena menanggung azab sengsaranya selepas demo berakhir. apakah strategi dan kaedah untuk memastikan unit amal ke atau pendemo pendemo selamat selepas demo. kebajikan mereka perlu diambil kira bukan setakat mengerah mereka ke jalan raya walaupun itu sebagai tanggungjawab perjuangan.

aku cukup kasihan melihat mangsa tembakan rambang polis di batu buruk. sampai hari ini siapa yang melindungi mereka. kos perubatan kos mereka menghadiri perbicaraan. sebulan dua orang masih mengingatinya tapi bila dah lama kes mereka dah sejuk mereka dah dilupakan. mereka yang akan menanggung semua azab sengsara mencari rezeki. orang akan bercakap ini semua asam garam perjuangan. betul asam garam perjuangan tapi bila mereka dilupakan apakan mereka ini akan berjuang kembali atau dah menjadi tepu dalam perjuangan. hilang semangat untuk berjuang kerana azab sengsara yang mereka terpaksa tanggung kerana perjuangan. kita biarkan mereka keseorangan dalam menghadapi kes mahkamah yang memakan masa bertahun tahun memerlukan kos yg tinggi. jadi dimana perjuangan yang sebenarnya.

Ulasan